Monday, July 18, 2011

Novel: Ops! Pintu Hatiku ~ Noraz Ikha

NKB: Novel Ku Baca...


Ops! Pintu Hatiku
[Karya: Noraz Ikha]

Kali ini puan zai memilih untuk membaca novel yang bertajuk Ops Pintu Hatiku karya oleh Noraz Ikha atau nama sebenarnya Norazlikha binti Mat Som.

Eika: Perasaan cinta yang berakar umbi terhadap Hakimi cuba dinafikan. Biarlah semua orang menganggapnya ego. Dalam masa yang sama, kehadiran seseorang tanpa wajah, tanpa suara dan tanpa jasad bernama PSH telah membuka pintu hatinya. Unik Sungguh. "Heee... budak tu? Hai sorrylah beb. Kalau dah dasar playboy tu playboy juga. Kirim salam je lah kat dia yek!"

HAKIMI: Dia sibuk berperang dengan Eika. Apakah yang dia cuba lakukan? Identitynya sering dibayangi seseorang hingga ramai yang tidak menyedari bahawa satu wajah itu mempunyai dua jiwa yang berlainan.
"Kalau kau mampu, berilah sepuluh kelemahan aku yang boleh di jadikan alasan, kenapa kau tak suka aku?"

TENGKU ANIS: Cinta yang mahu dihulurkannya itu tulus. Namun sayang, emosi dirinya sering melampaui akal warasnya.

"Kenapa? Tak puas hati? Hei... perempuan, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi tau. Sia-sia saja menepuk angin!"

Bagaimana mungkin Eika menyintai PSH? Siapakah yang sebenarnya beraja di hati?

Komen pembaca - JH:
Cerita bermula semasa berada di alam persekolahan, sampai ke alam perkerjaan hinggalah ke alam pernikahan. Bagi pembaca cerita tidak berapa berat sesuai dengan jiwa pembaca. Jalan cerita yang simple dan menarik. Ops Pintu Hatiku adalah kisah cinta yang sederhana walaupun ada watak jahat Tengku Anis dengan cara pemikiran melampau.

Next Novel : 566 Hari Mencari Cinta... ilya abdullah  

No comments: