Thursday, July 14, 2011

Lapar lepas ngaji...

Ini cerita empat orang cucu-cucu mak dan abah puan zai nie.
Anak-anak puan zai dan anak-anak adik perempuan mengaji di tempat yang sama.
Cuma mereka aje yang ngaji di situ.
Sebelah rumah aje.
Kadang-kadang selepas ngaji dan sembahyang isyak, ustaz beri roti atau air. Kali ini tiada apa-apa lah kot dari umah ustaz tu.
Ketika gambar ini di ambil, keempat-empat kanak-kanak mengadu kelaparan yang sangat. Apa lagi nak bagi makan empat orang nie pun dah macam nak bagi 10 orang kanak-kanak makan. Huhuhu.
Jom lah jamu mata tengok mereka makan...





Dorang nie kan, kadang-kadang elok je main. Pastu gaduh, main, gaduh, main. Itu je lah yang selalu dorang buat untuk tambah kan pening ibu-ibu dan menjadikan sound volumn dari jane tarzan bertambah kuat. huhu... Macam nie lah budak-budak kan. Nama pun budak-budak...

4 comments:

Sharifah Nadzarah said...

salam pagi
budak2 mmg camtu..kejap baik kejap gaduh..samalah kite..selalu jadik tarzan kikiki

Jendela Hati said...

sharifah nadzarah: salam pagi di jawap salam petang..heheh maklum le sy br dr koje.. itu la kite nie layak betul jd tarzan kan hehehe

insan_marhaen said...

Tokki IM dulu dia taj payah jadi Tarzan. Dia ada 'tongkat' sakti. Tongkat tu kalau di pukul ke lantai serta merta anak muridnya senyap.

Jendela Hati said...

insan_marhean: ye lah kalu camtu bdk2 takut sikit. kat sni takde tongkat yg ada pun tongkat dagu huhu...Thx singgah sni..