Ini sambungan cerita pasar pagi Beranang tu.
Lepas ke pasar pagi, perut masing-masing dah nyanyi lagu-lagu Hazama.
Terus gerak ke Kedai Nayan di kampung Rawa Ulu, Lenggeng.
Nama tauke kedai tu orang panggil Nayan.
Yang specialnya kat sini ialah nasi lemak sambal ikan keli.
Memang abah suka almaklumlah orang nogori.
Emang peberet lah kalu ada ikan keli sambal.
Tak kira bangsa, semua datang ke sini.
Kalau tak makan sini, bawa balik bungkus.
Bila di tanya ada gulai keli tak?
Tauke jawap :
"Nak gulai ikan koli kono datang pagi bang.."
Abah cakap kat kami, kat kami tau bukan kat tauke... yang kita nie datang dari KL takkan subuh-subuh dah sampai sini hehe.. Nak cerita pasal pulut kedai nie... Pergh rata-rata semua suka. Pulut dengan sambal ikan keli.
Tapi bagi puan zai tak berapa gemar sebabnya keras sikit pulut ia. Tekak puan zai suka pulut yg ada santan.
Sebenarnya ini pertama kali puan zai jejak kat kedai ini. Sebelum ini nasi lemak dia abah dan mak tapau bawa ke rumah nenek. Jadi, memang tak merasa lagi makan di kedai.
Dalam kereta lagi mak dah pesan kat kami, jangan sekali-kali sebut ais... no ais...no ais tauuu...
Sebabnya kat kedai ini cuma ada jual air panas di ulangi air panas seperti teh, kopi dan milo.
Jika ada yang meminta ais, boleh jadi marah tau tauke sebab dia kata cuma jual air panas. Bila pula ada yang tidak tahu menahu dengan meminta teh atau milo tarik, terus tauke jawap:
"Den tak pandai do nak tarik-tarik nih" huahuahuaaa itu lah jawapannya...
Selaku peminat ais, pandai-pandai lah bawa diri...huhuhu
Ada pulak si kakak minta bandung ais cepat-cepat kami tutup mulut kakak kihkihkih..haru, haru...
Kakak dah standby nak makan. Dia salah seorang peminat keli. Bukan kakak sahaja, keempat-empat cucu abah suka keli. Terutamanya keli goreng.
Di jual dalam bungkusan kecil dengan harga RM1 sebungkus.
Bila buka je bungkusan tu, nasi berwap panas. Masa nie kami dah kaup 10 bungkus dulu letak atas meja kang abih cepat je orang nak amek.
No bandung ye kakak, ibu orderkan teh sebabnya milo tetiba je abih, tauke masa nie soh orang gi beli milo sementara tu pekena teh dulu.
Jam dah hampir ke angka 10 tapi orang bersilih ganti datang. Sampaikan tak cukup kerusi. Terdengar jugak pakcik tu kata selalu tak ramai, bila ramai tu ramai betul orang datang. Ye lah pakcik sebabnya puan zai datang 1st time kat sini nie ha.. sebab tu orang ramai hehehe... toksah perasan ye puan zai abah kata kedai nie memang ramai pelanggan dia. Salah satu sebab tu dah sah-sah sebab ikan keli.
Sekian.
3 comments:
murah je kak.. ikan keli plus nasi lemak rm1 ? adoi duk mana ni ? best nyaaa
puanbee: emang rm1 puanbee sbb keli di potong kecil2 dan comey2...hehe
oo ikan kecik2 best gak nk rasa tu kat kl tk de lg
Post a Comment