Wednesday, May 2, 2012

Pesta Buku, PWTC 2012


As-salam...


Salam awal pagi rabu buat semua... nak bersambung cerita di hari cuti 1 May siang tadi.


Akhirnya dapat juga tunaikan permintaan si anak dara ke Pesta Buku di PWTC. Maklumlah masa dah suntuk, nanti kalu gi weekend nie takut tak sempat. Pesta berakhir pada 6hb.


Kalau tahun lepas puan zai bawa kakak dan adik, tahun ini kakak sorang aje lah. Tapi kakak tak lupakan adik di rumah sebab kakak dah pilih buku untuk adik.


Booth yang pertama sekali kakak nak jejak ialah booth Ana Muslim sebelum kami bergerak ke booth lain. Kakak dah rembat sehelai baju Ana Muslim yang berharga RM25 serta majalah dan alat tulis Ana Muslim.





Puan zai dapat rembat 2 novel iaitu Novel Akhir sebuah Cinta dan Pencuri Cinta.
Kakak pula rembat 4 novel kanak-kanak iaitu Izad menjejak Buku Sakti dan 3 lagi buku cerita misteri.

Kakak kata "terima kasih ibu kalau ada lagi pesta kakak nak pergi lagi..." Hermmm ye lah kakak insyaAllah...

Esok puan zai cuti nak bawa adik gi check-up tonsil adik di HKL... Pepagi nak gerak ke HKL... jadi nak stop di sini dulu dan nanti bersambung cerita lain pula... Sekian... tata...

Puan Zai @ JH....



3 comments:

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

Bagusnya...menyemai minat membaca dlm diri anak2...bravo mommy!:)

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

besnyer (^___^)

Jendela Hati said...

yayansmum: insyaAllah, moga sikap mcmnie berpanjangan buat semua anak2 kita...

eeiyss: selagi xdpt gi selagi tu anak dara sy dok tanya bila nak pegi bila nak pegi?huhu