Wednesday, May 30, 2012

Events & Promotion...


As-salam...

Salam petang rabu untuk semua...

Events & Promotion? OK... ini nama department puan zai. Ini department baru di tubuhkan sejak management baru ambil alih.

Department puan zai kebanyakkannya telah dan akan organise pelbagai event besar atau kecil untuk management. Ada beberapa events dan meeting ataupun conference akan di adakan sepanjang tahun ini.

Pada 17hb yang lalu seorang CEO Global Life datang ke Malaysia untuk lawatan rasmi. Acara makan tengahari bersama 30 orang Group Agency Manager, Agency Manager dan Sales Advisor di Conservatory Room, di tingkat paling atas bangunan pejabat kami.

Beberapa hari sebelum tu memang kami sedikit bz untuk siapkan semua yang berkaitan.

Ini pertama kali puan zai kena turut sama turun padang. Selalunya di belakang tabir je... buat apa yang patut hanya di dalam pejabat... OK juga lah salah satu pengalaman.

 Simple aje rostrumnya...

 Dua jam sebelum, kami dah siap-siap test apa yang patut seperti laptop, lcd projector, lcd screen, cd, muzik dan lain-lain.
Ada beberapa department yang turun padang membantu menjayakan event ini.
Sebelah kiri tu meja untuk letak special gift... blom siap lagi..
Letak alas meja kaler biru dan puteh.

 Tepat jam 11 pagi puan zai dah standby kat registration table untuk sambut tetamu.
Semua advisor kena tanda kedatangan dan terima name tag memasing sebelum masuk ke conservatory room.
Selepas semua dapat name tag masing-masing dan semua jemputan sampai, baru puan zai masuk untuk turut serta dengan rakan kerja yang lain.

 Sementara tunggu tetamu, pekena fruit punch cocktail dulu...
Sedap segar rasanya...

 Sebelum start lunch, pekena cocktail dulu sebelum event bermula.
Sedap cheese tart tu, amek sampai dua.

 Dua yang berdiri ialah dua orang CEO Malaysia dan CEO Global Life yang sedang menyampaikan ucapan dan special gift kepada semua GAM, AM dan AS.

 Lunch time!

 Perghhh.. yang tukang buat kerja bukan main pinggan penuh...
Semua menu sedap.
Caterer yang best.. sampai department lain nak organise meeting pun minta caterer yang sama.

Bila nak menjamu 'orang luar' semestinya kita nak tonjolkan semua makanan Malaysia kan...
Dah tentu menu utama ada satay ayam, nasi lemak, sambal sotong, rendang ayam, salad, ketam, udang, char kuew tiaw, roasted lamb, rojak, buah-buahan tempatan dan kueh mueh nyonya.
Bangga dapat tengok 'mat saleh' pekena makanan pedas hehe...


Kami arrange 5 round table.
Setiap satu ada satu pot bunga.
Bila abes event takkan nak buang kot.
Apa lagi boss kata bawak balik rumah pastu pass kat kengkawan opis yang nak...
Cantekkan... kami order bunga nie satu RM25.


Bulan July depan, department puan zai ada organise camp dan conference di Awana, Genting selama 3 hari. Dengarnya puan zai kena gi jika tak cukup manpower. Yelah department baru banyak pula kekosongan jawatan.

OK lah geng, stop sembang di sini dulu. Nanti sembang lagi... tata...

p.s-hari-hari kena post lelaju dan BW lelaju kerana kesuntukan masa yang amat dengki...

Wassalam...

Puan zai @ Jendela Hati...




2 comments:

Deru Ombak said...

Salam Zai..
Event & promotion department ni best.. I like!

Azrey Rozie Eiman said...

Amboi makanan.... Meriahnya. Arrrgghhh satay my peberet! Balik nak mkn puas2