Sunday, May 27, 2012

Teppanyaki Sg Wang...


As-salam...

Ini cerita dua minggu lepas. Baru hari ini nak post entry nie. Masa nie keluar dating dan lunch dengan best friend. Masing-masing pakat nak ke SgWang nak pekena teppanyaki yang dah lama kami tak pekena.

Imbas kenangan lalu masa kami keje di MAA Sg wang sebagai frontliner, Teppanyaki lah antara tempat makan yang paling best yang kami singgah. Lebih-lebih lagi Teppanyaki ini sebelah office lot kami aje.

Puan zai amek chicken.
Kami emang peberet tauge, jadi banyak mana tauge di pinggan kami bedal aje.

 
Tengok chef masak secara live.
Puan zai dan cik fiza.
Puan zai dan kak rose.
Standby nak makan sambil ber-pic.
Kalau datang sini mesti nak pekena Fuji Snow nie.
Memang syok.
Kalau tak caya tengok lah, licinnn...


Ada cadangan dengan kengkawan lain supaya buat gathering untuk semua ex-staff servicing centre.

OK juga tu hang out reramai. Sebelum ini company ada beberapa servicing centre seperti di Sg Wang, Central Market, KL Elite, Sunway, Subang Parade, Midvalley dan lain-lain lagi. Bila semua servicing centre tutup, semua staff tranfer semula ke HQ.

OK lah stop sini dulu, dah nak mula ke dapur pula. Jumpa lagi. Tata...

Puan Zai @ JH...





4 comments:

LYAfrina said...

yumm..yum....
sedapnyerrrr

Azrey Rozie Eiman said...

Haish.. Lama dh tak makan teppanyaki :(

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

sedapnyer teppanyaki!nyum2.:-)

Jendela Hati said...

Lyafrina: fuiyo emang best sbb byk tauge

azrey rozie eiman: nanti ko kena wat list la nak mkn apa lik msia ti.. tp ku tgk mknan kat qatar pn best2

yayansmum: tambah sedap mkn sambil borak2 kenangan lama dgn geng kan