Cinta Datang Lagi
[Karya: Bikash Nur Idris]Cinta bukan sekadar ungkapan kata-kata. Tetapi cinta adalah kejujuran, keikhlasan dan pengorbanan untuk orang yang dicintai. Itulah tanggapan Raisya selama ini terhadap cinta Jaspal. Namun, dia hampa bila lelaki itu memilih gadis lain sebagai isteri.
Bukan Raisya seorang yang kecewa. Fariz juga turut terluka
bila Shereen, gadis pujaannya menjadi milik lelaki lain.
Yang Anehnya… mereka hadir menyaksikan perkahwinan bekas
kekasih masing-masing dalam majlis yang sama. Satu kebetulan yang kemudiannya
melorongkan dua hati yang derita ini menjadi akrab.
Tetapi Raisya sering menjauh kerana takut dikecewakan lagi.
Fariz pula tak jemu memujuk, kononnya cinta sejati akan dating sekali lagi. Di
saat Raisya menyerahkan hatinya pada Fariz, pecah rahsia, rupanya lelaki iu
mendekatinya untuk memiliki Shereen semula.
Dan Raisya pula akan mendapat Jaspal kembali. Inikah namanya
pengorbanan cinta?
Namun, bagi Fariz, Shereen cuma kenangan silamnya. Dia sudah
terpaut pada Raisya sejak pertemuan pertama mereka. Tapi dapatkah di
menyakinkan Raisya bahawa cinta mereka ada penghujungnya?
Komen JH:Novel yang pembaca telah baca ini ialah keluaran tahun 2009. Lama juga tu. Bila baca nama-nama watak dalam novel, teringat nama-nama watak dalam citer dalm filem Hindustan.
Mesti gempak kan… suspen juga masa mula-mula baca helaian terawal dalm novel nie. Boleh nampaknya dua hati dua watak berbeza yang hadir ke majlis perkahwinan kekasih masing-masing.
Dari situ terjadi la
pelbagai jenis ‘kebetulan’ pertemuan watak yang bernama Fariz dan Raisya nie.
Harga novel ini ialah RM17.
Next Novel: Akhir Sebuah Cinta... Siti Nur Dhuha...
Puan Zai @ JH...
3 comments:
rajinnyer bca novel...ym nih tak bpe nk rajin...bleh kira pnh baca bape bijik..ekeke..
selamat membaca ya dik....
yayansmum: hehe sy pn kalu membaca lambat nak abes sbb kesuntukan masa
muut payau: makaseh kak
Post a Comment