Saturday, July 14, 2012

Anak ayam, Mantin


As-salam...

Sepertimana tajuk di atas, memang iye agenda kami pepagi tadi ialah anak ayam. Ini betul-betul anak ayam. Nak cari anak ayam untuk di bela.

Seawal jam 8 pagi dah gerak ke Mantin, menemani abah dan mak puan zai mencari anak ayam. Sambil tu round-round kat kampung abah.

 Ini antara agenda kami selain beli baja dan jagung untuk makanan ayam.

 Sebelum tu, sarapan tosai dahulu.

 Adik dok pot pet pot pet mulut dia.
Adik makan roti kosong tapi adik rasa semua orang punya sarapan.
Adik dapat rasa tosai kakak, mee goreng nenek dan magi goreng ibu.

Selepas sarapan tanpa berlengah terus gerak ke Mantin dan seterusnya ke Lenggeng. 
Ikut jalan Broga, cuci mata tengok hutan hijau.


 Sampai di pekan Lenggeng terus ke kedai baja.
Selesai beli baja terus usha-usha kedai mainan.

 Sama ada nak kereta control atau raket badminton, yang mana satu idaman hati?

 Bergambar dengan raket baru.
Raket jadi pilihan.
Ada 10 raket yang dah rosak at rumah tu sebenarnya.
Tak sabar nak main lah tu.

 Singgah pekan Mantin untuk makan tengahari.
Ada macam-macam lauk pauk.

 Lauk di pinggan ibu.

Kakak amek ayam goreng dan sayuran.

 Adik pula tak mahu makan.
Dok minum holicks aje.
Kata adik nak makan kat rumah.
Huhuhu mana ada masak nasi kat rumah adik oi.

Abah sibuk dengan anak ayam nak angkut masuk dalam kereta.

Kat pekan Lenggeng dapat beli buah nona nie.
Lebih kurang durian belanda rupa ia.
Cuma durian belanda masam manis sedikit.

Selesai agenda balik kampung pagi tadi, terus balik ke rumah.

Rehat sekejap sebelum gerak ke Keramat untuk majlis tahlil di rumah atuk puan zai bagi agenda malam nanti.

Berjumpa lagi selepas ini. Selamat berhari minggu!

Puan Zai @ JH...






3 comments:

MulutPayau said...

dah lama tak makan buah nona.....susah nak cari sekarang ni...

Jendela Hati said...

mulutpayau: beli dua, sebijik harga rm4.50 kak

ieedaz @ mama_isha said...

Lame betul tak mkn buah nona, dulu kt kg ade pokok nona depan umah tp dah mati :(