Monday, July 9, 2012

Tahniah Rin & Ira!



As-salam...

Hari ini nak bercerita tentang kenduri.

Alhamdulillah, adik lelaki puan zai telah selamat bertunang dengan gadis pilihan hatinya pada hari sabtu yang lalu.

Kami sekeluarga dengan 6 buah kenderaan telah berkonvoi ke Taman Permai, Banting untuk majlis pertunangan tersebut.

Tahniah Rin & Ira!

Cincin tanda untuk Ira.

Tetapi sebelum berkonvoi ke Banting, majlis doa selamat di rumah kami.
Jemput orang masjid dan orang kampung.
 
 07.07.2012 ~ Majlis Tunang.
Simbolik 7 tahun perkenalan mereka.

Istimewa dari mak.
Bubur manis.
Menu peberet bila berkenduri kendara.
 
Menu pagi di majlis doa selamat ialah mehon goreng serta pelbagai jenis kueh mueh.
 
 Berkongsi rasa di hari bahagia.
Sambil makan sambil ketawa.

Time di Banting dah. 
Paling kanan sekali ialah pak ngah puan zai.
Pak ngah sebagai 'tukang bicara' bagi pihak mak dan abah.

Sambil berbicara sambil beramah mesra.
 
 Hantaran dari pihak kami.

 Acara menyarung cincin berlangsung.

Bakal mak dan menantu.
Mak nangis tuu walaupun sedara dah kata sebelum sarung cincin 'jangan nangis... jangan nangis'...
Huhuhu itulah hati mak, tetap jugak nak nangis walau gembira.
 

 Kakak dan adik bergambar bersama paklang dan bakal maklang.



 Hantaran dari kedua belah keluarga.

 Hantaran dari pihak keluarga Ira.

 Makan time!
Nyum nyum... semua sedap termasuk kueh mueh.


Selamat dah semuanya. Semoga berpanjangan hubungan kalian berdua... kak long harap berbahagia dan selamat naik pelamin ye!

Tahniah Rin & Ira!!!

Dari... kak long...@ Puan Zai


 



4 comments:

Kak Aya said...

tahniah untuk adik puan zai!

Azian Elias said...

tahniah pada u gak.. bakal nak dapat adik ipar..

Acik Erna said...

tahniah dan selamat bertunang buat adik puan zai

Azrey Rozie Eiman said...

congrats!