Sunday, July 15, 2012

Majlis Tahlil


As-salam...

Sekejap aje cuti hujung minggu berakhir. Cuti dua hari ini di isi sepenuhnya bersama keluarga dan sanak saudara.

Hari ini udah masuk malam hari, baru dapat puan zai post entry. Hari ini juga sepanjang pagi bersama-sama cikgu dan kawan-kawan sekolah si adik di Karnival Kemas di Kg Sri batu.

Tetapi kali ini entry bukan gambar di hari karnival, Ini kisah semalam yang dijadikan entry ringkas untuk hari ini. Majlis tahlil yang di adakan di Kg Dato Keramat, KL.

 Kakak dan adik.

Menu majlis tahlil semalam ialah nasi puteh, ikan senangin sweet & sour, gulai daging (emang the best lah), ayam masak kicap, telor dadar dan ulam-ulaman serta sambal belacan.
Air pula sirap dan teh o panas.
Semua hidangan di masak oleh makngah puan zai.
 
 Ini ialah atuk puan zai.
Sedang layan atuk makan.
Selesai semua tetamu makan, baru atuk nak makan.

 Kakak dan adik sedang makan.

 Time macam ini lah dapat berkumpul dengan semua adik beradik mak puan zai.
Sambil makan sambil berborak sakan.

Selesa majlis, apa lagi ke dapur le mengemas hehehe...

Merindui pada arwah nenek yang telah pergi. Al-fatihah...

Puan Zai @ JH...

p.s-Minggu hadapan mula puasa. Tak sabar untuk menyambut bulan yang mulia ini.

 

3 comments:

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

sedapnyer!!lamer tak nampak dulang makanan camtu..bestnyerr...

Jendela Hati said...

yayansmum: selalunya kami buat makan layan diri. kali ini makan berhidang dlm dulang pula.

Yumida said...

ske mkn cara cenggini..senang nk bertambah..
ayu je si kakak tu bertudung hitam..adiknya dh besar nk sure ensem..opsss..terlari tajuk
al-fatihah utk arwah