Friday, July 13, 2012

Ayam Kampung, Cheras


As-salam...

Al-kisah semalam sahabat mengajak makan tengahari di luar bangunan opis. Katanya jom ke kedai makan ayam kampung.

Puan zai bersetuju aje. Boleh rasa makan tempat baru dan rasa ayam kampung versi di kedai pula.

Dengan itu, gerak lah kami berempat ke Downtown, Cheras. Boleh tahan tempat dia. Tidak panas dan tidak terlalu penuh sebabnya banyak meja makan yang telah di sediakan.

Sampai je di sana rupanya ramai 'sedara' yang makan di situ. Tergelak sesama sendiri bila jumpa kawan-kawan satu tempat kerja di situ hehe.
 

 Penuh satu meja walau amek lauk dalam size yang kecil.
Tengok-tengok aje lauk yang di pesan ini sungguh menyelerakan.

 Menu utama - ayam kampung.

 Perghhh bestnya gulai kawah nie.
Daging ia amat lah lembut.

 Sayur pula cuma amek pucuk paku.

Sebelum dan selepas makan, pekena buah-buahan.
Satu bekas RM2.

Sebelum start makan, mata kami asyik sangat melihat gelas besar berwarna puteh yang di tatang oleh pekerja kedai. Masing-masing tertanya air apakah itu? Rupanya air durian belanda yang di blend.

Fuhhh sedapnya. Lain kali ajelah order untuk kunjungan yang lain sebabnya kami dah order air lain pada awalnya.

OK lah kena stop di sini dahulu. Harga makan kami semalam untuk empat orang ialah RM39.00. Harga air juga untuk empat orang ialah RM5.40. Sungguh berbaloi.

Sekian. Tata....
 

Puan Zai @ JH...





No comments: