Monday, September 26, 2011

Peminat dari jauh...

 Assalamualaikum... rasanya minggu nie last la orang datang beraya. Lagipun ini minggu last orang gi open house sampai jem sana sini kl nie kan. Ada gak kawan-kawan yang bertanya atau mesej, kalau bukan bulan raya boleh datang tak? Datang aje puan zai sentiasa rumah terbuka untuk tetamu.

Ini gambar yang di ambil pada sabtu lepas. Seorang sahabat dari Seremban datang beraya. Antara BFF puan zai yang mak belum bersemuka lagi. Selalu mak nampak nama dan picture profile sahabat ini dalam hp puan zai aje. Kawan-kawan lain semua mak dah penah jumpa dan dah kenal pun.

Hari-hari sebelum sampai rumah, selalu kami berseloroh yang Cik Emma nie nak datang rumah nak jumpa peminatnya yang jauh hehehe.... So, cik Emma... dah jumpa la peminat jauh nie?


 Cik Emma dan puan zai. Sibuk nak bergambar time orang nak menjamu selera hehehe.

 Cik Emma bersama dua permata hati puan zai.

 Kakak dan cik Emma.

 Adik pun tak ketinggalan nak bergambar dengan cik Emma.

 Posing lagi.

Seisi borak-borak. Adik sibuk nak air sirap laici.

 Menu: Puan zai masak soto untuk tetamu. Mak pula masak rendang ayam kampung yang abah minta masakkan. Buat nasi impit bole makan dengan soto dan rendang. Nasi puteh pun masak. Soto ada mihun yang dicelur sekejap dan juga ari sirap laici. Lain-lain tu biasa lah cili kicap, suun goreng, bawang goreng, daun sup dan kacang goreng. Makan berulang-ulang menu nie satu hari kat rumah.

 Nie le rendang ayam kampung masakan mak.

Pejam celik pejam celik dah nak berakhir bulan beraya nie kan. Seronok dapat jalan dengan famili, saudara dan teman-teman.

Tapi kan sebenarnya puan zai ada satu lagi jemputan makan raya mungkin selepas waktu kerja minggu depan. Kalau jadi, satu 'geng beraya' akan beraya lah ke sana. Wokeh lah sampai kita jumpa lagi. Tata.

Wassalam.

Puan Zai...


 

2 comments:

ct N honey said...

betul2 beraya ni,tak putus2 gi rumah terbuka

Jendela Hati said...

rezeki ct. rezeki makan hehehe..