Thursday, September 22, 2011

Raya bersama rakan-rakan sepejabat

Sambutan sempena raya bersama rakan-rakan sekerja di pejabat ini telah di adakan pada hari isnin yang lepas.
Buat semasa waktu makan tengahari.
Semua yang di jemput adalah semua perkerja aje.
Boss-boss yang dalam bilik tak dijemput.
Boleh gitu? haha.
Yelah patut boss belanja staff. Ini nak abes raya senyap je takde jamuan.
Masa nie boss-boss sibuk ber-meeting di berlainan floor.
Oleh itu Bigboss (boss puan zai) dan 4 org boss-boss kecik under bigboss nie serta 4 boss-boss kecik under division lain emang tak di jemput. (Ehhh berapa banyak boss daaa....)

Alkisahnya masa sedang seronok bersantapan dan bergelak ketawa, tiba-tiba ada dua boss datang masuk dan makan.
Punya lah gelak masa tu tapi tak pa la dah raya, makan aje lah...


 Makan dan bergambar.

 Sedang sibuk memilih.

 Pilih jangan tak pilih.

 Menu: Ada yang order dan ada yang bawa dari rumah. Ada nasi impit, rendang ayam, kuah kacang, roti jala dan kari ayam, mehoon goreng, nasi tomato, puding buah, buah-buahan serta kueh raya.

 Ini meeting room division kami, kena lah alas dengan surat khabar lama takut kotor.

 Sambil borak sambil amek juadah.

 Makan time.

 Antara boss yang masuk. Masa nie boss dua dari kiri tu sedang beri komen dia tentang filem Nasi Lemak yang sedang hot di pawagan tu...

 Gelak dan makan.

 Masa buat jamuan nie di sebelah tengahari, petang kami ada jemputan ke openhouse di rumah bekas rakan sekerja. Penat tu emang penat tapi atas undangan tu tak sanggup lak kalu tak datang. Akhirnya kami datang tapi sekejap ajelah. Gerak dalam 5.15pm. Selepas satu jam berikutnya, terus balik untuk ngadap anak masing-masing pula. Maklum lah semua yang gi rata-rata kaum ibu.

Sekian.

p.s-esok aje lah puan zai muatkan pic tu dalam nie.

3 comments:

Lady Lavender said...

meriahnya org kat sana masih hangat beraya..kita tumpang tgk gambar aje lah..

Puanbee2 said...

teringat suasana sy semasa berkerja dulu ..erm rindu .. mcm ni lah rupanya bila menjelang hari raya ..boss pun sama kedekut hahah .. staff yg buat sendiri kan kak

Jendela Hati said...

LL: raya sebulan LL hehehe saja berjamuan ramai2.

Puanbee: itu la puanbee, nak tunggu boss lambat sangat. tahun lepas ada jugak boss buat besar2. tahun nie paham2 sendiri le...