Wednesday, September 7, 2011

Lunch time - raya

Assalam...

Kawan-kawan masih beraya ke? Minta maaflah kalu puan zai nie tak habis-habis dengan raya. Nak buat camner ek? Raya sebulan nampaknya tak sudah-sudah lah dengan gambar raya nie kan. Itu je bahan yang ada untuk berblog huhu.

OK, sebenarnya hari ini emang puan zai berkerja. Lebih kurang jam 9am, memang last minute aranggement nie puan zai ajak lah kawan-kawan kat opis datang beraya kat rumah. Yang hadir 7 orang dalam dua buah kereta berkonvoi ke rumah puan zai. Sempat lah jugak walau masuk opis office lambat sikit sebab kami lunch pun 1 jam aje.

Kalau puan zai berkerja nie tak ler sempat masak apa-apa. Mesti lah mak masak. Air tangan seorang mak [alasan nie]. Mak dan abah pun gembira kawan-kawan datang rumah. Kadang puan zai suka kalu kawan dapat datang waktu kerja nie. Maklumlah kawan-kawan ramai yang dah berfamili kadang tu nak beraya cam tersekat bila mereka tak dapat datang.


 Kawan-kawan satu division tapi lain-lain department. Dari kiri Kak bet, puan Atun, cik Nurul dan puan zai (suka interframe). Lagi 3 yang tiada di pic ialah puan zila, puan uya dan amani.

 Kakak sampai je dari sekolah terus tarik dia untuk bergambar. Tak sempat tanggal beg sekolah tu.

 Makan time. Seronok tau makan ramai-ramai. Mak dan abah pun suka. Masak nasi dua periuk, wahhh...

 Pilih je lauk apa yang jadi pilihan hati.


 Jangan malu-malu ye...

 Nyum-nyum...

 Best? Best!

 Tambah nasi banyak tu.

 Menu arini: sambal udang (menu peberet), kari ayam dan kentang, sayur kobis goreng, masak lemak pucuk ubi. Untuk tambahan puan zai beli kicap daging, tomyam ikan kembung sweet & sour. Air sirap (permintaan) dan oren.

 Pas menu berat, kita jamu kueh raya pulak. Baru perasan bila jengah kat kabinet kueh wahhh hampir abes kueh raya ku. Laku jugak tahun nie. Nie kalau abes biskut kena hidang kueh goreng-goreng lah nampaknya cam kerepek atau muruku.

 Kawan ber-pic dengan mak. Mak malu tapi mahu.

 Baliking time. Alahai kena lah balik ke opis balik. Break time pun satu jam. Kami masuk keje jam 1.30pm tapi sampai opis jam 1.45pm. Tak pe le boss-boss pun tadak lagi semua gi travel.

 Jom masuk opis balik jom.

 Aik puan atun nape dok situ lagi? Nak tunggu duit raya ker? hehe

Haiii esok big boss dah masuk opis. Dia balik dari east Malaysia petang tadi. Tak de 'party' dah kat opis huhu. Boss kecik je masuk opis hari jumaat nie.

Start minggu nie akan ramai buat open house. Kalau ada masa emang dapat lah anak-anak berjalan beraya. Kalau tak alamatnya dok rumah aje lah.

Next week pun sekolah tutup seminggu sempena UPSR. Rumah puan zai takde buat openhouse. Sapa-sapa nak datang, datang aje ada rezeki masak lebih sikit kalau tak selalunya goreng mehon atau mee, terlebih rajin buat mehon soup pun ok.

OK lah jumpa lagi kita esok hari. Selamat berehat buat semua sahabat di alam maya.
Wassalam.

Puan Zai...


 

2 comments:

Azrey Rozie Eiman said...

Amboi3x sempat lagi beraya time lunch break. Best!

Jendela Hati said...

Azrey Rozie Eiman: Kalu dekat leh joint konvoi ke umah sama2...hehe