Sunday, September 18, 2011

Tetamu dari jauh...

Assalam...

Fuhhh dah malam baru dapat jenguk blog nie. Tiga hari cuti, semua penuh dengan agenda penting. Ketiga-tiga agenda bertemu sahabat-sahabat baek.

Bermula cuti hari pertama jumaat lalu, sahabat dari Sg Petani datang ke KL berjumpa puan zai sambil beraya sekali lah.

Hari kedua cuti iaitu hari sabtu, sahabat baek dari JB datang satu famili beraya di rumah puan zai.

Manakala harini hari ahad sahabat dari sini je dari Bandar Baru Sentul pun datang beraya di rumah kami.

Seronoknye tahun ni...

OK lah di bawah nie semua pic yang ada masa sahabat dari JB datang. Teruja sungguh menunggu dia dan famili datang tapi rasa sekejap je bila dapat bersembang dan bersua muka.

Sahabat puan zai dari JB nie sepanjang puan zai kenal dia, dia banyak membantu dari segi kerja dan lain-lain. Dah empat tahun puan zai masuk department ini, dia lah yang selalu puan zai rujuk.

Walaupun satu company dan lain-lain cawangan, antara kl dan jb tapi rasa dekat aje sebab kami saling berhubung jarak jauh.

Terima kasih sahabat, semoga kita berjumpa lagi.


 Bergambar sambil bersembang.

Makan time.
 Kakak dan Eicha...

 Ini Hadeef. Mak puan zai punya la puji. Mak dan abah puan zai suka betul dengan Hadeef. Mak bagi A+ sebab tak penah tengok budak kecil sebaik ini. Dok diam aje. Sampai rumah terus buat kerja melukis sampai ke sudah. Mak kata bagus betul tak buat hal. Lukisan dia ada untuk buat kenangan. Baru berusia 4 tahun pandai buat hasil kerja tangan yang bagus. Lukisan yang cantik.

 Ini muka tak semengah puan zai hehe...

 Menu untuk hari sabtu ialah nasi puteh, gulai ayam dan pucuk ubi serta ubi kentang, sambal udang serta sayur goreng campur. Dessert puan zai buat untuk kakak dan eicha ialah mereke suka kek batik. Versi puan zai tak samalah cam orang lain, puan zai punya lebih ke kek banjir hehehe coklatnye yang lebih...

 Melukis sambil tonton tv.

 Salam berpisah. Nanti ada rejeki buleh jumpa lagi...


Balik aje tetamu, terus bersiap nak ke Taman Keramat, AU2 pula. Hari pun nak hujan, gelap aje. AU2 nie rumah makngah puan zai iaitu adik no 2 kepada mak. Sampai ada openhouse ada birthday untuk cucu sulung makngah yang berusia 2 tahun.


 Wah wan suka nyeee dapat air oren.

 Adik memula makan spageti tambah sos. Bila minta tambah baru nak letak sos. Abes pula tu adik makan. Kakak pula masa nie makan pecal dua kali tambah. Pecal emang peberet kakak.

 Ini le birthday boy...

 Makngah dan puan zai.

 Hidangan kat rumah makngah. Pecal, nasi impit, ketupat, rendang ayam, kuah lodeh dan kuah kacang serta spageti.

 Seleranya adik makan. Kalau kat rumah adik jarang nak letak sos.

Hmmm kakak tak sudah-sudah minta tambah pecal.
Ini lah untuk citer arini. Ini pun mak dan abah gi beraya lagi malam nie. Puan zai tak larat dah. Lagipun anak-anak sekolah. Banyak benda lagi nak buat. Biar lah mak dan abah beraya lagipun dekat-dekat rumah nie je tak perlu naik kereta, boleh berjalan kaki, biar abah exercise hehehe.

OK lah. Tata...

Puan zai...


 

No comments: