Semua emang berat je nak ke tempat kerja tapi tu lah kena buat-buat ada semangat.
Semalam hari isnin puan zai cuti dok umah hantar anak ke sekolah. Lepak-lepak borak-borak kosong bawah pokok rembutan sambil bersarapan dan belah malam gi beraya di rumah kawan iaitu kak rabetah ataupun kak bet yang mana kami ini berkerja under satu division. Rumah kak bet nie di Taman Sutera, Kajang.
Tuan punya blog ber-pic dengan puan atun, Sara dan adik.
Adik dan kakak.
Special menu dari tuan rumah: western. Ada lasagna dan lagi satu tu tak ingat nama menu, ayam goreng dan nudget.
Kakak kalu ke rumah kawan nie memang akan memuji setiap masakan kawan nie. Nie makan bertambah. Nasib lah kami last trip yang datang. Makan tak hengat. huhu.
Perghhh ini lagi best. Cheese cake. Ingatkan sekali makan, rupanya bertambah jugak. Siap kawan puan zai nie packing kan seorang satu famili untuk bawa balik makanan dan cake.
Licinnn...
Dalam kami dok suka makan, si adik sebenarnya tengah badmood tu. Dalam otw ke sini adik tido dalam kereta, bila dah sampai terus diam je tak mau makan. Di pujuk-pujuk pun tak mau. Camtu le adik kalau mood tak berapa baek bila bangun tido. Last-last adik makan jugak sikit hotdog yang kawan puan zai celur last minute.
Si kakak dah pesan, tahun depan nak datang lagi. Kakak puji rumah acik bet ini cantik sangat. Kakak kata belilah rumah camnie ibu mesti murah. Murah???? ish tak mampu ler ibu anak oiii sah-sah la rumah nie beribu-ribu lemn harganyeee... setakat datang raya tu boleh laaa....
No comments:
Post a Comment