Wednesday, September 14, 2011

Panjat memanjat...

Assalam...

Apalah panjat memanjat tu. Alkisahnya hari ini puan zai sibuk sangat kat opis dengan aksi panjat memanjat. Biar keluar peluh, sepanjang raya nie asyik dok makan aje huhu.

Almaklum lah bigboss dah soh boss kecik pindah bilik. Sebabkan boss kecik nie gi travel ke south, puan zai lah sorang-sorang pindahkan barang-barang boss ke bilik baru.

Walaupun bz dok setel kan barang boss kecik nie, bigboss pun ada je nak soh buat benda lain... sabo aje lah...

Tapi sebelum tu dok mengemas store room dulu. Sebelum nie banyak majalah agency review tu dok menumpang store room department sebelah. Sebabkan division puan zai sendiri dah ada stell rack tu, puan zai pun dok mengalihkan dulu majalah-majalah company tu ke rack baru.

Dah setel semua majalah tu, barulah dok memindah barang boss. Tak de nak minta tolong orang lain, semua buat sendiri. Lega dah sekarang, semua barang-barang, PC dan telefon boss dan setel di pindah. Siap line phone dah setel. Beresss... kerja mesti laju tak mau lembab-lembab.

Aikkk hahaha sempat gak gambar ini di snap...
adehhhh...

Masa nie emang berpeluh lah. Dari rumah bila siap pakai jeans dengan t shirt company nie mulalah anak-anak dok bertanya nak pergi mana, ibu tak tak keje ke? Ishh ibu keje tapi ibu nak buat keje extra sikit aje.

Bila puan zai sampai rumah kakak tak puas hati lagi tu dok tanya lagi ibu pergi mana tak keje ke?... yelah anak-anak mesti ingat kenapa tak pakai baju keje kenapa pakai jeans, mesti ibu berjalan...huhuhu... kakak dan adik kalau tak caya cuba bau baju ibu nie dah masammmmm tauuuu...huhuhu...lotihhhh laaaa....


Tuuuu dia lunch orang dok kuat angkat barang hehe...

Esok ada apa ek? Takde benda penting sangat kat opis. Tadi kontraktor pasang lock kat semua cabinet dah siap pasang. Side cabinet boss dan staff lain pun dah setel.

Oh yang penting time balik esok. Ada jemputan beraya. Bukan lah open house, just datang beraya. Esok aje la puan zai citer. Ada dua post tentang raya nie. Puan zai nak juga tunjuk tak kisah lah orang nak tengok atau tidak heheh...

OK lah tata wassalam...

puan Zai...


 

3 comments:

ct N honey said...

dah ternak lemak mkn kuih raya,bolehlah kurangkan sikit bila dah keluarkan peluh tu..

Yati said...

Mengemas ofis? Kerja berat tu, Puan Zai. Lagi-lagi buat sorang. :)

Jendela Hati said...

ct N Honey: tu la dah makan mcm2 time buang lemak tepu le kejap huhu

Yati: tu ar apa nak buat, ada dua boss...