Friday, September 9, 2011

Raya ~ Open Kedai...

Assalam...
kelmarin yakni hari khamis, salah satu kedai makan di foodcourt tempat puan zai berkeje ada buat Open Kedai. Haaa bukan sahaja ada open house, open kedai pun ada.

Anak perempuan kepada tauke kedai, subuh-subuh dah message soh war-warkan kat kawan-kawan se-opis yang kenal.

Baek sungguh mereka nie. Semoga Allah limpahkan rezeki kepada mereka sekeluarga. Puan zai bukan nak memuji sangat lah tapi mereka sekeluarga berniaga makanan nie emang tidak lokek dan berlebih kurang aje dengan pelanggan.

Semasa dapat menemubual tauke (wah dah macam wartawan lak), dia memang masak dan buat open kedai ini khas buat staff-staff kat sini. bermula dari tengahari berjamu selera hinggalah ke petang. Macam-macam juadah. Bila menu tengahari abes dia ulang masak nasi minyak pula.

Puan zai dan rakan-rakan sempat makan nasi tomato, lemang, nasi impit dan mehon. Tauke ada minta tunggu untuk ambil nasi minyak tapi kami menolak sebab dah kenyang sangat. Sebelah petang sebelum balik sempat amek roti john dan spageti. Ada juga rakan lain dapat murtabak satu seorang.

Murah rezeki kaknor sekeluarga. Dan terima kasih pada anak perempuan kaknor iaitu Effa dan adik serta abang Effa serta semua pekerja kaknor.


Tuu diaa... alhamdulillah...
 Dah kenyang, relax dan sembang-sembang kosong.

 Satu meeting room penuh makan reramai.

Ole-ole dari bigboss.

Hari sabtu kan ada Moon Cake Festival, bigboss ada beli banyak moon cake untuk dia agihkan pada 'orang-orang besar' kat opis.

Sepanjang seminggu sebelum dan selepas raya, bigboss ada travel ke east malaysia untuk lauching product baru kat region sana.

Sambil tu dia balik kampung untuk cuti festival di Sarikei, Sarawak. Dia emang asal Sarawak.

Masuk ke opis semalam dia bagi ole-ole nie sambil kata:
"Zai, ini vege, got halal logo, this is for you..."

Hmmm puan zai amek je la dia bagi dua. Sebelum ini jarang dia nak bawa ole-ole. Kalau ada pun dia bawa balik semua jenis 'no halal' logo. Kali ini pula dia bagi, amek je dan ucapkan:
"Thank you, boss..."

No comments: