Sunday, August 5, 2012

Novel: Maafkan Abang... Eyla Hime


NKB: Novel Ku Baca...

Maafkan Abang...
[Karya: Eyla Hime]


Tengku Ariff Hazimi, lelaki yang telah berjaya menambat hati Atikah Hatrisya dalam diam.


Namun, rasa itu sedikit pun tidak pernah diakui oleh Hatrisya. Bagi Hatrisya, rasa itu hanya rasa senang yang timbul terhadap Hazimi. Tidak lebih dari itu.


Tapi, Hatrisya lupa, dia bukan siapa-siapa yang boleh tentukan rasa itu apa. Ada yang lebih arif dalam segala hal.


Dan saat Hatrisya menyedarinya, dia tahu ada kekurangan pada dirimunya untuk digandingkan dengan Hazimi. Keputusan menjauhkan diri di ambil Hatrisya, membuatkan Hazimi tertanya sendiri.


Jodoh. Biar sejauh mana menghindar, biar hati sudah diberikan kepada yang lain, jodoh tetap jodoh. Hatrisya dan Hazimi dipertemukan. Peluang ini diambil Hazimi untuk rapat kembali rapat dengan Hatrisya.


Namun, saat hubungan kembali pulih, ada satu perkara menimpa mereka berdua. Dan niat Hazimi untuk menjernihkan lagi perhubungan, telah menjadi api kebencian.


"Kenapa kau tak mampus aje dari dunia ni? Patutnya kau pergi jahanam sekali dengan ibu bapa kau masa kau sekolah dulu! Kaulah bawak sial kat keluarga kami!"


Hatrisya mula membulatkan keputusan. Keputusan yang akan menentukan hala tujunya dan Hazimi.


Dan tika ini, Hazimi mula sedar akan sesuatu. Hazimi mula mengejar bayang Hatrisya. Namun, dibiar sepi oleh Hatrisya.
 
Mampukah Hatrisya terus menidakkan perasaan yang dirasanya? Kejadian apa yang membuatkan Hazimi membenci Hatrisya?


Mampukah Hatrisya menjayakan keputusan yang telah diambil? Berjayakah Hazimi melembutkan kembali hati Hatrisya? Apakah dengan kata maaf, keadaan akan kembali seperi sedia kala?


Komen JH:
Kalau baca ayat makian di atas tu, rasanya hanya sederhana sahaja. Banyak lagi kata-kata makian 'melampau' dari seorang suami, seorang mak mertua dan ayah mertua pada seorang gadis yang yatim piatu.


Pembaca sentiasa tidak sabar untuk mengetahui apa kisah seterusnya di setiap bab di dalam novel ni. Sentiasa ingin tahu dan ingin tahu.


Kisah pengorbanan 'melampau' dari seorang anak gadis untuk seorang lelaki yang dia sayang dalam diam. Ugutan dan ancaman telah membuatkan dia bersedia untuk berkorban untuk lelaki ini. Seorang gadis yang keras hati dan cekal dalam menempuh kehidupan yang dia lalui. Melaluinya seorang diri juga dalam diam tanpa mahu menyusahkan sesiapa.


Selamat berkarya buat penulis.


Next Novel: Saat Mata Berbicara... karya Dyza Ainun...

Puan Zai @ JH...


 
 

2 comments:

Acik Erna said...

Assalam JH..rajin JH baca novel..dulu2 acik pun hantu novel ni..kalau dah mula tak mau berhenti sampai tamat

ieda said...

x minat baca novel huhu
tapi yg nie agak menarik kan ;)