Grrrr grrr... Salam sejuk buat semua,
(bunyi gigil ler ni....)
Hari ini tidak ada aktiviti luar rumah.
Semua orang dok berkurung dalam rumah.
Sejak dua menjak nie, terasa sejuk aje. Sejuk memanjang sebegini selepas ujan sepanjang hari dari subuh hingga ke malam pada hari khamis yang lalu.
Penghuni dalam rumah asyik2 nak berselubung sahaja walaupun semasa menonton TV.
Anak2 pula, sibuk dengan aktiviti sepah bilik. Dah sudah menulis, bermain pula, menulis, bermain.
Tapi yang banyaknye bermain lah. Ada je benda yang nak di buat walaupun dok berkurung dalam bilik.
Cuaca kat luar suram saja, kain banyak di jemur kat luar tu. Harap2 kering lah semua. Lepas nak lipat kain bersambung pula aktiviti ”bersauna” nak iron berpasang2 baju sekolah dan baju kerja. Salah satu cara dapat memanaskan badan selain daripada selubung.
Puan zai nan sorang ini kalau nak tahu pada dua hari lepas pun perut nie tak sihat. Berangin. Dan asyik berangin. Meletop2 jer perut nie macam ada peperangan tembak menembak. Kalau time macam nie sah-sah tak boleh naik lift, tentu orang sebelah menyebelah boleh dengar lagu2 dalam perut nie. Tak caya meh le dengar...heheee
Time berangin perutku ini, ubat charcoal yang di ambil di klinik company selalu menjadi sasaran. Perut yang bergelodak dalam tu tentu takut dengan charcoal nie.
Hari ahad ini pula hari sakit tekak. Bila sakit tekak mulalah nak demam. Ubatnya senang aje, bila dah sakit tekak Strepsils pula di cari. Bila dah dapat strepsils, sekelip mata tekak jadi OK. Kalau strepsils tiada, air batu pun boleh jadi ubat (oppsss jangan ikut nasihat nie, nasihat untuk puan ni seorang je).
Teringat mak selalu perli puan zai bila puan zai berkata:
"Mak, org sakit tekak lah" Adu puan zai.
"Hm... dalam peti ais tu banyak air batu, gi la ambil" Mak kata, tersentap je dengar haha. Memang itu lah yang selalu mak katakan bila berkaitan dengan sakit tekak. Maklum lah hantu air batu. Tak kenal masa ~ nak air batu je.
Puan zai nie memang hantu air batu (hai berapa kali nak ulang daa). Seksa juga la kalau dulu2 masa dalam pantang. Tak sabar nak habis pantang sebab nak telan air batu tu...ish ish ish.. ini macam orang pun ada kaa???
Malam ini ada AJL25. Acara yang bersiaran langsung nie, puan zai harap kan pengaracanya tetap kelakar dan berkomedi. Dah tentu majlis tak bosan. Nampaknya Ketiga2 mereka tak menghampakan. Tak kering gusi dok gelak.
Ana Raffali juara malam ini dengan lagu "Tolong ingatkan aku". Best juga bila dengar.
Dek kerana sejak sekolah puan zai minat pada KRU, mengharap juga la agar ketiga2 lagu Edry menang. Tapi malam ini dia tiada rezeki.
Shahir lagu dia sedap tapi puan zai tak berapa gemar lagu yang sedap ni ada lak selang seli sajak2 di antara lagu bila Syahir nyanyi, rasa macam hilang arah sikit lagi ni, pastu ada lak adegan sepak Syahir di akhir lagi tuh..adussss kuat tuh. Tapi tu la oleh sebab itu Nasha Aziz di maafkan lah haha (puan zai suka menanti kehadiran Nasha sebab suka tengok baju apa yang digayakannya).
Stacy pula memang bertenaga. Dia memang patut dapat anugerah persembahan terbaik tp bukan jua rezeki dia termasuk lah Adira.
Faizal Tahir? Puan zai memang setuju yang Faizal menrangkul Trofi persembahan terbaik AJL25, ini sbb dia mmg layak sbb sampai masuk dlm air dan keluar balik dan sambung menyanyi.
Kat Office tadi si kawan yang minat pada Faizal memuji kerana dia berani buat live dengan gimik mcm tu. Puan zai kata tak itu rakaman lah, bukan nya Faizal buat live terjun dalam air dan cuba membukan ikatan pada tangan untuk lepaskan diri keluar dari dalam air. Kawan dengan bersungguh2 kata memang itu live Faizal masuk dalam air. Hmmm malas la nak bantah sbb bukan puan zai tahu pun betul ke tak tapi dalam hati berkata jua :
"Takkan la Faizal nak buat live kot sbb dulu kalu tak silap dia kan penah nak lemas dalam air dan dia pernah fobia" ish ish saja je puan zai nak sedapkan hati sendiri haha....
Suara hafiz pula memang sedap. Sudah rezeki dia walaupun pendapat puan zai ada ramai lagi yang suara mantop malam ini. Tahniah la buat Hafiz..
Puan zai rasa sekian lah untuk malam ini. Mata mula mengantuk walau pun siang ari berpanjangan je berselubung... hi hi bye bye...
Ini budak dua orang, beli roti petang untuk bawa sekolah esok, tapi malam sudah bedal itu roti. Itu macam kaa??? |
Puan Zai...
No comments:
Post a Comment