Salam buat semua bloggers...
Plan nak buat makan2 sempena tahun baru nie, sebenarnya pada 31 dec hari tu.
Di sebabkan PM bermurah hati beri cuti sempena kemenangan bola masa Piala AFF Suzuki tu, terus tarikh baru di cari untuk buat makan2.
Selalunya makan2 di sertai oleh 8-9 orang dari kalangan kawan2 puan zai yang lunch sama2 di office.
Selalunya kami ramai2 makan dalam meeting room di floor puan zai.
Tong2 harga makanan pastu setiap seorang bayar.
Di samping tu sapa2 yang bermurah hati nak bawa potluck dari rumah pun boleh juga (untuk menambahramaikan makanan... lalalalaa).
Ini ialah antara exchange giftnya.
Harga yang kami tetapkan ialah RM10 ke atas.
Tak payah la beli bermahal sangat.
Cukup la sehadiah seorang.
Tahun ini puan zai beli sepasang baju tidur.
Sengaja puan zai beli size XL supaya sapa2 yang dapat, boleh la pakai dan merasmikan baju tu untuk malam ini yang sejuk dan nyaman. hahhaa.
Puan zai pula dapat Mary Kay body lotion...
hmm wangi betul lah bau dia dah macam pakai perfume, dapat dua pulak tu jenis warm lotion dan simply lotion.
Arrangement dan order oleh puan zai.
Puan zai order makanan hanya di foodcourt office.
Nama kakak kedai ini kami panggil dengan nama kakak stokin.
Mula2 dulu puan zai pelik gak kenapa di panggil dengan kakak stokin.
Oh rupanya sebab kakak ini suka pakai stokin sepanjang hari dengan selipar. Nama dia ialah Khatijah-nama sedap tapi nasiblah... digelar oleh bdk2 office dengan nama stokin pula.
Sudah banyak kali dah kami order kat kedai kakak ni sebab suami dia pandai masak berjenis2 menu serta harga murah.
Untuk hari ini kami cuma bayar RM15 seorang untuk menu:
Chicken chop, fish & chip, french fries, coleslaw with black pepper sauce. Spagetti with chicken & muchroom.
Perghhh kenyang... makanan lain dari rumah- ada yang bawa kudap2, coklat, kueh badak berendam, koktail fruit, jelly, kueh muih dan buah2an.
Buah2an tentunya dari puan zai. Takde buah2 nie macam tak sempurna majlis lagipun puan zai kan hantu buah.hihihi...
Asalnya kami order air sunquick.
Di sebabkan hujan sepanjang hari, ada yang cadang kan buat satu jug teh tarik pula.
Next makan2 ramai mencadangkan supaya kami order dimsum dari kakak kedai ini atau pun chinese style.
Okeh lah buat hari ini.
Hari ini penat makan.
Makan tak sudah2 nye.
Acara tahunan bersama kawan2 ini seronok.
Dapat borak2, gosip2, gelak2 dan dapat bertanya kabar.
Sekarang masing2 ramai yang dah bertukar department dan berterusan busy sampai kadang2 tak dapat lunch sama2.
Sekian sahaja untuk malam sabtu nie... wasalam...
Puan Zai...
p.s-Malam ini ada minggu kedua raja lawak musim ke 5. Memang tak kering gusi menonton aksi Johan dan Zizan selaku hos. Memang kelakar habis lagi2 masa penyingkiran peserta. hahaha...
No comments:
Post a Comment