Salam...
Waktu ini puan zai macam tak sangka lah anak2 makin membesar...
Si kakak-Zahirah dah masuk darjah 3,
manakala si adik-Khuza'ee dah masuk tabika 5 tahun...
Catatan puan zai pada hari ini adalah berkisar pada ragam si adik.
Puan zai rasa ini salah satu cabaran untuk tahun 2011 nie.
Berbeza puan zai dapat rasa semasa menghantar Kakak dan adik ke Tabika Kemas 5 tahun.
Semasa kakak 5 tahun puan zai hantar dia ke tabika, hari pertama tidak membawa masalah untuk kakak menyesuaikan diri dengan cikgu Hawa dan kawan2 baru. Tidak meragam atau menangis. Relax je tengok.
Berpeluh la puan zai tengok ragam adik yang menangis pada pagi ini dan adik senantiasa nak puan zai duduk dengannya.
Anak2 lelaki nie manja sangat ke?
Sebab dari permerhatian puan zai setakat ini kebanyakan budak2 lelaki (cuma ada sorang je budak perempuan) yang banyak ragam, menangis dan nak ibu atau bapa sentiasa ada bersama.
Jika ikutkan adik nie memang la excited nak ke sekolah sebelum ini.
Sampai sahaja ke sekolah, nampak ok tapi lama2 fuhhhhh mula lah buat hal...
Sedap tidur siap berselimut, kejut sekali je terus bangun dan tersenyummm... 1st day la katakan... |
Begitu juga adik, bangun terus ke bilik mandi... hai 1st day la katakan... |
Satu jam sebelum sekolah bermula, adik dah siap |
Siap dah pakai kasut dalam rumah |
Haa time nie memang berkobar-kobar lah |
Adik dah mula buat muka |
Betis ibu dah adik genggam dengan erat |
Tangan tak lepas baju ibu... |
Kakak yang baru sampai dari sekolah kebangsaan |
Bila terkenang pagi tadi, terasa nak gelak je tengok ragam adik.
Kakak sampai2 sahaja di rumah terus tanya sebab kakak pun excited adik sekolah tahun ini:
"Adik sekolah seronok tak?"
"Kakak tak ada" Alasan adik.
"Adik nangis je kakak" Report ibu
(biar kakak bagi ceramah kat adik).
"Laaa kenapa adik nangis, tak elok nangis nanti adik nak pandai kan, seronok sekolah tau" Pujuk kakak.
"Adik nak sekolah dengan kakak. Cikgu Hawa baik kakak" Kata adik lagi.
"Adik... adik... kalau cikgu Hawa baik, pergi je sekolah esok" Geleng kakak pada adik.
2 comments:
SALAM.. BESTLA BACA CATATAN PN ZAI NI.. SBB ANAK SY PUN NILA KALI PERTAMA DIA MASUK PRA SKOLAH..TADIKA.. 5 THN.. PUNYALA EXITED SAMPAI X NAK BALIK...HEHE.. BILA CAKAP ESOK DATANG LG BARU SETUJU NK BALIK...
SENANG2 JEMPUTLA DTG KE BLOG SY
http://iluvhandbag.blogspot.com/2010/12/gucci.html
Salam Pn Zai. Selamat berkenalan. Comel tol adik. Nanges ke dia?
Post a Comment