Wednesday, January 19, 2011

TV biasa atau LCD?

Petang tu puan zai terima panggilan dari pihak Astro.

Ingatkan puan zai dorang nak call tentang bil Astro. Aiii nak hangin juga kalau kata bil tak bayar. Tetapi rupanya mereka offer puan zai dengan pakej Beyonce tu.

Soalan yang terang dan nyata dari mereka ialah:
"Puan pakai tv biasa atau LCD?"

Wah rupanya mereka offer je Beyonce nie pada puan zai dengan tiada caj pemasangan, cuma bil bulanan akan dicharge lebih RM20 sebulan maknanya kalu sekarang bil RM54.95 nanti next month akan jadi RM74.95.

Walaubagaimana pun, skrin tetap boleh di tonton cuma skrin biasa yelah sebab tv pun tv biasa kan.

Mereka kata "Kalau puan beli LCD,puan just cucuk je, pastu boleh tonton astro dengan skrin cantik...

Alahai takkan lah nak dapat kan Beyonce yang percuma pemasangannya kena beli LCD? Tolong lahhh...huhuhu memang terer marketing dorang nie. Tapi terima kasih lah puan zai belum ada niat nak tukar TV ye.

LCD oh LCD....

TV 29inci yang gedabak besarnya nie puan zai beli masa masih bujang lagi. Masih elok takkan nak beli LCD kot. Tunggu lah rosak dulu kihkihhh... Yang jadi model depan tu abah puan zai. Abah cuma akan menonton bila ada Gerak Khas setiap Jumaat tu. Selain tu dia tak minat hehe...

No comments: