Friday, January 28, 2011

Banyaknya kereta...

Assalamualaikum...

Letih di petang jumaat. Kenapa ye?

Keluar sahaja dari office, fuhhh banyaknya kereta.

Jalan sangat-sangat jem, kereta-kereta yang beratur rapat-rapat dari lah Jalan Dewan Bahasa hingga lah ke jalan Segambut Dalam.


Jadi nak sakit kepala lah tengok kereta-kereta yang sedang berpesta lampu brake nie.


Maklumlah ada yang dah bergerak balik ke kampung masing-masing sempena cuti seminggu CNY next week.


Sesampai di area rumah puan zai, kami singgah sebentar di kedai photostate nak ambil gambar passport untuk kakak.





Sebenarnya kakak kena hantar form teakwando kakak dengan gambar passport tu last week, tapi puan zai tak sempat nak gi keluar ada je hal nak buat.



Sesampai je di rumah, adik perempuan, makcik dan nenek saudara ajak gi Tesco Manjalara Villange sebab nak gi kedai Hinope. Kedai nie menjual barang yang berharga RM5.

Makcik dan nenek saudara puan zai memang tak pernah lagi ke kedai ini. Excited nak pergi bila adik perempuan dok bercerita tentang barang yang ada di jual di situ. Beli RM10 dapat 1 point. Dapat 10 point dapat free 1 lagi barang.


Tapiiii masalahnya puan zai dah letih mengharungi jem yang "giler-giler jem" tadi tu. Bukan sahaja badan letih malahan otak pun turut letih tengok kereta yang begitu banyak petang nie. Lain kali je lah ye. 

Lagipun malam ini ada Raja Lawak weiii tak moh ketinggalan bab lawak dan komedi nie weiii...hehehe


Sekian lah untuk hari jumaat yang jem nie. 

Selamat berjumpa lagi esok...Wassalam...

Puan Zai...

No comments: