Salam sabtu buat semua...
Bangun je pagi dah ingat kain.
Bangun je pagi teringat kain dalam bakul.
Bangun je pagi teringat kain kotor dalam bakul.
Dan bangun je pagi teringat kain dalam bakul, satu dalam bilik puan zai (yakni puan zai sekeluarga) dan satu bakul lagi kat dapur (yakni bakul kain mak, abah dan adik2 lelaki puan zai).
Bila mendongak ke langit alahai mendung dan gelap. Tiada matahari menonjolkan diri. Menyorok entah ke mana. Ini tak boleh jadi nie, misi mesti diteruskan.
Baju sekolah anak, kasut sekolah anak, stokin sekolah anak mesti disetelkan hari ini juga. Tak boleh tangguh2 nie.
Tak cukup dengan ampaian luar, penuh juga ampaian dalam beranda.
Tak cukup tu ampaian besi pun digunapakai.
Cahaya matahari hari ini memang tak keluar nie, harap2 dapat kering. Tengok pada cuaca pasti mendung sampai ke petang.
Ini aktiviti di waktu pagi. Sebelah petangnya anak2 ajak ke Tesco. Tesco ni tak jauh, cuma sebelah taman je dengan area rumah puan zai.
Masa gerak ke Tesco Manjalara Village, hujan mula turun. Agaknya masa dalam Tesco hujan selebat2nya lah sebab bila kami pulang jalan raya basah dan lecak. Sejuk pun sejuk juga. Dalam hati berkata nasib kain2 di jemuran kering (hahaha nie gelak jahat).
Tesco ini memang tempat peberet anak2. Time gaji atau tak gaji memang Tesco lah tempat nak bermain atau makan.
Maklum lah duit pun makin tipis nie, kami kan bergaji awal aritu sempena krismas. Company bayar awal, sekarang consider dah hujung bulan sangat dah rasanya nie.
Tapi kerana anak2 puan zai bawa anak2 bermain di play ground dengan tukar RM10 ke 10 coins. Bukan sahaja puan zai, adik puan zai bersama 2 orang anak dia pun turut serta selain adik lelaki puan zai jadi driver kami.
Nak harapkan puan zai drive takat ni, penyakit malas masih berleluasa...kihkihkih...
Selebihnya duit sekangkang kera nie, puan zai singgah beli satu kotak oren mandarin dengan harga RM9.90 (size s), biskut lemak (peberet si adik cicah dengan milo suam), susu coklat (pilihan si kakak-lagipun puan zai dan adik akan menumpang minum) dan hanger baju.
Hanger baju nie kalau ke Tesco mesti beli. Time gaji pun mesti beli. Time tak gaji pun mesti beli.
Entah lah, beli je hilang beli je hilang. Entah ke mana agaknya hanger nie selalu susut je padahal tiap2 bulan beli. Ada orang makan hanger baju ke selain nasi? Jeng jeng jeng...
Pagi ini kakak dan adik cuma berkubang dalam bilik je, tengok TV. Tak habis2 dengan chanel Astro Ceria. Lepas Geng bas Sekolah, Putera Shazlan pula pastu Tom & Jerry. Pastu ulang balik ulang balik... |
Kakak & adik suka main bowling. Main ulang2. Kat hujung tu adik sedang tengok Aleeya ank buah puan zai main games baling2 bola. |
Terkekeh kitaorng tengok adik dengan pantas ketuk ikan2 tu. Sampai makngah kata "Khuza'ee ketuk pelan2 kang semput" hehehe sengih je adik... |
Haaa letih juga gi Tesco ini. Balik je rumah dah terpandang kain2 jemuran tadi yang telah kering dan agaknya menjerit2 suruh kita melipat.
Ini lah tugas seorang ibu tak habis2 dengan kain ek. Esok pula hari ahad, hari bersauna (puan zai dan kak aya memang mengelarkan hari sauna sedunia sebab berpasang2 baju sekolah dan baju kerja akan di iron pada hari ahad tu, fuhhhhh....)
OK lah sampai di sini catatan buat hari ini. Terima kasih buat anda kerana sudi meluangkan masa membaca catatan yang tak seberapa ini.
Blog2 yang puan zai follow memang puan zai baca tapi kadang tu tak dapat nak komen. Tak pasti kenapa. Dan juga bila ada folower baru, puan zai tak boleh pula access untuk jadi folower dia... kenapa ek...ada sapa2 boleh jawap tak? Kesian puan zai dan puan zai seharusnya tidak mahu menghampakan kawan2.
Wassalam...
Dari puan zai untuk semua...
p.s - Malam ini ada rancangan "Anda ada 60 saat" dihoskan oleh peberet artis puan zai iaitu Ahmad Nabil Ahmad. Puan zai memang suka komedi dan Nabil memang puan zai suka selain dari Johan dan Zizan. Ketiga2 mereka memang buatkan penonton tak kering gusi. Si Nabil akhir2 nie ada buat kontroversi. Tapi tu tak la buatkan puan zai terus membenci dia. Memang dia dan Irma sepadan. Sweet sangat tp tu lah takde jodoh lah namanya tu walau mcm2 gosip melanda. Segak je bila tgk Nabil dalam rancangan nie.
No comments:
Post a Comment