Thursday, January 27, 2011

Murah Rezeki

Hari ini hari khamis.

Jam hampir pukul 7pm. Puan zai tika ini masih di office. Balik lewat sikit sebab ada benda nak settle kat office nie. Adalah dalam 5-6 orang yang stayback kat sini. Ada yang serius buat minute. Ada yang sibuk buat contest report dan macam2 lagi lah.

Perut pun lapo, kawan ajak order Mcd. Ikut je la order. Sekarang nie tengah musim prosperity burger. Setahun sekali dapat makan burger nie kan.

Tapi nak cerita yang kawan2 kat office hari ini murah rezeki sungguh sebab hari ini ada dua orang kawan sedekah kawan-kawan yang lain nasi lemak sebungkus seorang.

Puan zai mulanya dapat dua bungkus. Tiba-tiba pula ada sorang sahabat ini berdiet, so puan zai dapat lagi sebungkus.

Dengan meriahnya kawan sedekah nasi lemak nie, seperti sebelum ini puan zai makan sebungkus masa lunch time dan dua bungkus lagi untuk kakak dan adik yang ada kat rumah tu. Nasi lemak ini tak basi lagipun sambal ikan bilis asing2.

Fuhhh... kenyang sungguh lah hari ini. Selain kenyang nasi, staff2 kat sini semua kenyang limau mandarin. Office memang semerbak je bau-bauan limau-limauan.haha.

Puan zai memang suka limau mandarin. Hari2 makan pun suka, tadah je bila staff lain distribute buah limau tu. Tak pernah lagi menolak haha.

Adik pun suka tapi puan zai bawa yang tak masam dan bawa yang limau mandarin madu. Manis sikit. Takut jua nak bagi adik banyak2 nanti semput pula. Lagipun adik ambil tak banyak. Kesian pula tengok adik yang intai2 nak limau. Tak apa dalam hati puan zai kata "ini ubat" kuikui...

Teringat masa tahun 2009 masa kakak darjah 1. Kakak pun suka limau mandarin tapi dia masa tu ambil terlalu banyak sampai kena cirit birit yang melampau. Kakak gi klinik dan dapat mc hampir 4 hari.

Sehingga kini kakak pun ada makan bila ada limau di rumah, tapi kakak cuma ambil sikit sebab dia kata takut sakit perut lagi.

Sekian sahaja untuk hari ini. Ini pun curi2 menulis blog walhal tadi nak stayback untuk buat kerja.

Dah siap kerja ni terus balik. Dah rasa rindu pada adik dan kakak tu. Walaupun puan zai rasa bila sampai rumah, dengan automatiknya puan zai dah jadi tarzan. hehehe. Entah apa lah dorang buat. Rasanya kakak mesti sedang siap2 nak pergi ngaji di rumah Tok Imam. Adik mungkin seperti biasa ngadap Astro Ceria. Adik mengaji dengan nenek sebab nenek tak bagi "greenlight" untuk ikut kakak mengaji, Sutera,8tahun (pangkat makcik pada kakak, Qimie, 7tahun dan Aleeya,6tahun (yakni anak buah puan zai) sama2 mengaji ke rumah Tok Imam. Mak kata elok adik mengaji di rumah dengan nenek sahaja. Nanti dah besar sikit baru gi sama2 dengan kakak dan lelain tu.

p.s-Esok 2 kawan yang sama floor ajak gi Sogo makan satay kat depan Kedai Sogo uncle yang jual mee hailam tu. Tengok lah kalau dapat pergi sebab esok ingat nak kena bawa laptop nak search internet. Company puan zai nie boleh masuk internet cuma dari jam 6pm-8pm jer. Takut nanti berat bawa beg sambil nak jalan2 dan makan2. Tapi dalam pada tu teringat juga satay daging yang sedap.

2 comments:

lady lavender said...

owwhh..sekarang tgh meriah dgn limau mandarin yea..lupa la pulak CNY dah dekat..psst..kdg2 tak tau menahu dah public holiday kat msia heehee..teruknya saya kaann...

Jendela Hati said...

Hehe..xpa LL nanti puan zai update kan bila ada puclic holiday lagi ye...