Wednesday, January 12, 2011

Mini Hampers for My Bushuk Masham

 Salam buat semua sahabat...

Hari ini di tempat kerja, puan zai ada membeli dua mini hampers yang di jual oleh IT Department.

Department ini pada setiap Chinese New Year atau hari raya, department mereka tentunya akan giat menjual mini2 hampers untuk kita beli dan memberi pada kawan2 di office.
Cost setiap satu hamper berharga RM5/RM10. Yang puan zai beli nie berharga RM5. Tahun ini dah naik harga, kalau tahun lepas cost cuma RM3 sahaja.

Puan zai mmg suka beli dan beri pada kawan2 pada hari raya.

Kali ini, beli hanya khas buat kedua2 anak puan zai. Memang puan zai suka beli ole2 untuk mereka yang setia menunggu puan zai balik ke rumah.

Kembang hati ini bila mereka terima je pemberian puan zai dari office terus je anak2 peluk, kiss dan ucap "terima kasih ibu".

Perkataan tu sungguh menusuk ke jiwa ibu ini. Perkataan terima kasih tu bukan sekali tapi berulang kali dengan aksi yang seronok.
Terasa hiba je bila anak2 buka handbag dan tengok tiada apa yang puan zai bawa balik jika puan zai tak sempat singgah ke Convinience Shop di Ground floor bangunan office.

Seboleh2nya mesti sang ibu ini bawa balik sesuatu walaupun cuma sekeping kueh.

Wassalam
Puan Zai...

No comments: