Monday, January 17, 2011

Nasi lemak oh lemak

Salam hari isnin yang berlemak...


Bukan apa... hari ini hari bernasi lemak lah. 

Pagi tadi tepat je waktu kerja 8.30am puan zai ada merasa sesuap dua nasi lemak yang kawan puan zai ajak "merasa".


Nasi lemak yang di jual oleh kak Liza BASD department nie menjadi rebutan dengan harga RM1.50 sebungkus.


Puan zai sendiri yang dah order nasi lemak yang sama cuma simpan nasi lemak ni untuk di makan masa lunch td.


Boleh tahan juga. Sebungkus nasi lemak kukus, ada sambal ikan bilis, telur dadar, ikan bilis & kacang goreng, timun serta ikan masin.


Dah merasa sesudu dari bungkusan kawan, puan zai lunch sebungkus nasi lemak di sebelah tengahari. 

Hmm sedap lah patut orang dok memuji2 nasi lemak kakak ini.


Bila sampai je di rumah balik dari tempat kerja, mak kata:
"Gas baru habis, jom beli nasi lemak nak?" 
Adeh... nasi lemak??? Biar betul nie??? Nasi lemak lagi ker??? Puan zai pandang mak, mak pandang puan zai.


Tapi tak pa lah, kat rumah nie ramai penghuni kan. Puan zai hulurkan RM12. 

Belilah 7 bungkus nasi lemak. Sebungkus sambal sotong dengan harga RM3 dan seketul ayam goreng RM2.


Melenggang2 lah langkah dengan langkah yang kekenyang berlemak untuk hari ini. Errrkkkk... hodohnya perangai mak dara nie...




Pastu puan zai nak cerita pasal si adik nie. Setakat hari ini, adik dah balik pada rutin hariannya.

Pada pagi ni subuh2 adik dah bangun tanpa di kejut. Relax jer. Kebiasaannya bila celik je dari bangun adik akan minta di on kan tv tu.

Memang si adik nie sejak baby lagi dah biasa bangun subuh. Kat masjid dengan azan subuh adik mesti bangun. Puan zai bangun tgh bersiap, adik mesti bangun. Kat dapur dengar nenek buat kerja dapur, adik mesti bangun. Bangun si adik nie bukan dengan kejutan puan zai. Adik akan bangun sendiri tanpa paksaan.

Sebab itu, masa 7 hari adik mula ke sekolah, adik banyak buat ragam, menangis, tak bangun pagi, dan kena kejut pula walau jam dah pukul 7.30am. Itu agaknye puan zai kecewa sikit dengan adik. (Alah puan zai kan bdk2 tu...)

Kini, risau tiada lagi.

Adik elok jer pergi sekolah. Tiada tangisan dan tangisan.



OK lah dari cerita nasi lemak hari ini terus je cerita pasal adik. Nak cerita pasal adik nie memang tak habis. Hari ini adik letih sekolah agaknye hari ini hari isnin, puan zai tgk dia nyenyak je tidur.


Puan zai...


p.s esok nak diet lah..hahaha

1 comment:

lady lavender said...

puan zai cite psl nasi lemak ni, teringin pulak nak mkn nasi lemak kedai (tekak dah boring mkn nasi lemak masak sendiri)..