(puan zai sedang beri tepukan untuk anda....)
Tangisan si adik hari ke 3 persekolahan...
Apa yang mampu puan zai katakan di sini?
Cabaran hari ke 3 sekolah masih berlangsung dengan bermulanya tangisan adik pada jam 7.15am pagi semasa nak mandi. Dua hari mandi ok je, hari ke 3 mandi hai start menangsi pula.
Nangis, nangis dan nangis... Aduhhh mcmmana nie adik????
Semlm OK je kenapa hari ni nangis lagi??? Lebih advance tangisan sebelum sampai ke sekolah.
[SABAR]
Ini adalah perkataan azimat untuk puan zai.
Bukan sahaja untuk puan zai, turut kena digunapakai oleh semua ibu2 di dunia ini. huhu...
Sampai je di rumah tadi, macam2 soalan ibu diberi pada adik.
~ Mcmmana adik sekolah? Adik makan apa kat sekolah? Adik belajar apa kat sekolah? Adik nangis tak kat sekolah? ~
Ada di antara soalan ibu yang ada jawapannya dari mulut adik dan ada juga tiada jawapan untuk soalan puan zai sehingga kena bertanya semula sampai adik jawap.
Nampaknya selepas acara tangisan di sekolah, cikgu kata pada nenek yang adik OK je tak nangis lagi bila nenek balik sekejap ke rumah tadi. Tepat jam 12tengahri, nenek tengok adik dah siap sedia untuk pulang. Dari jauh nenek tengok adik tak sabar untuk pulang. Tiada tangisan, tapi ceriaan menyerlah. Hmmm macam magic show pula, kejap nangis kejap ok.
Tengah sibuk2 siasat aktiviti adik kat sekolah, tiba2 si kakak menyampuk...
"Ibu, cekak kita hilang..." Hmmm kakak nie selalu lupa letak mana barang dia. Semalam hilang getah, dah jumpa. Malam ini hilang cekak pula.
Nak cerita pasal barang hilang oleh kakak ini, minggu lepas beg makeup puan zai telah hilang setelah kakak mengemas bilik.
Dalam tu macam2 ada. Kakak ni memang cerewet, suka mengemas dan mengemas. Bila mengemas suka sumbat2 barang merata2.
Bila di tanya mana beg makeup ibu dia lupa. Puas la mencari tak jumpa. Aduh puan zai tepuk dahi. Akhirnya masa puan zai keluar hari tu kena la beli compact powder, eyeliner dan lipstik.
Punah2 duit puan zai. Tak gaji lagi pula tu. Elok je seminggu beli barang baru, alih2 jumpa balik beg tu aduhhh lagi sekali puan zai tepuk dahi. Adeh mengerang sendiri sebab tepuk sendiri.
View dalam bilik paklang tp cuba focus kat atas kepala tu, cekak tu yang hilang... sapa2 tolong carikkan...TQ... |
Ini sahaja untuk malam ini... Anak2 dah panggil untuk makan malam. Makan malam yang simple2 je. Pastu nak tidurkan mereka awal supaya esok mudah bangun pagi.
Sekian salam sayang untuk semua dari puan zai...
p.s- Malam ini hati mula berbunga dan seronok bila ada sahabat2 baru yang sudi menyinggah kat blog puan zai yang tidak seberapa ini. Semoga dengan kehadiran blog puan zai yang kerdil ini dapat meluaskan pandangan dan mengeratkan siratulrahim sesama kita. InsyaAllah. Terima kasih semua!!!
2 comments:
memang betul2 dugaan buat ibu2 yg ada anak baru nak mula sekolah...sabaarr...itu ajelah yg mampu hiihii..
hihi dah memang TERsabar dah nie...huhu
Post a Comment