Salam 1 Januari 2011 buat semua. Catatan yang pertama untuk tahun 2011.
Hari ni puan zai akan papar pic2 my bushuk masham semasa kami sekeluarga buat BBQ serta pot luck pada tengahari tadi sehingga lah jam 10pm. Tak pergi jauh mana pun dekat aje, masing2 sebanyak 5 rumah berkelah di bawah pokok rambutan sambil bakar ikan...
Time camnie mmg letih makan. Makan dan makan. Ingat buat kerja rumah aje letih, makan pun letih juga ye...
Makanan yang dibakar ialah ikan talapia, kembong, ayam, kerang, hotdog, fishball dan kentang rebus serta berjenis2 air asam dan kicap untuk cicah.
Manakala lauk pauk ialah gulai ayam, tomyam campur, sup keladi serta ikan masin.
Desert pun ada macam2 jenis termasuk bubur kacang hijau. Air pun ada tiga jenis yakni air sirap. sirap limau dan air asamboi.
Sekian untuk catatan makan & makan nie.
Semoga dengan adanya perjumpaan keluarga terdekat dapat mengeratkan siratulrahim sesama kita.
Salam untuk semua....
Puan Zai...
No comments:
Post a Comment