Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010 dan selamat datang 2011

2011...
Berdentam dentum bunyi bunga api di udara yang menyinari langit malam di bumi Malaysia dan di tambah juga dengan berselang seli bunyi message2 daripada handphone dengan pelbagai ucapan dari sahabat2, kawan2, makcik dan pakcik serta saudara mara, itu  telah menandakan ~ sudah datangnya tahun 2011.

Pelbagai juga kenangan pahit dan juga manis telah puan zai harungi sepanjang 2010 dan tahun2 sebelumnya. Lumrah hidup sebagai manusia biasa di dunia ini kita  harus harungi dengan tabah, sabar dan cekal.
Semoga dengan kehadiran 2011 ini, memberi sinar dan kebahagiaan serta keceriaan hidup di samping keluarga terutamanya bersama kedua2 My Buchuk Masham puan zai ini.

Tanpa kedua2nya, tentu sunyi sepi dan tentunya dengan kenakalan dan kebisingan mereka membuatkan hidup ini tambah lebih ceria dan amat2 bersyukur dengan limpah kurnia Allah swt mendapat sepasang anak yang sihat dan manja ini.
Tiada apa yang puan zai doa dan harapkan dengan datangnya tahun 2011 ini kecuali mendapat kesihatan yang baik, umur panjang yang dirahmati dan rezeki yang diberkatiNya. Insya Allah.

Bersyukur dan berterima kasih pada semua ahli keluarga, sahabat2 yang senantiasa menyokong dan mengambil berat tentang diri ini sepanjang perkenalan kita dan  berdoa agar kalian semua juga senantiasa sukses, sihat dan gembira selalu.
SELAMAT DATANG 2011... datangmu mengundang bahagia, sihat, gembira dan rezeki untuk kami...


Salam buat semua...
Puan Zai...

1 comment:

Lady Lavender said...

salam ziarah & selamat kenal :-) saya follow this blog.