Friday, December 24, 2010

My bushuk masham berkaraoke

Sempena sabtu public holiday, office puan zai tutup pada hari jumaat.
Bila pagi tadi dah ada orang mengajak pergi ke Yong Kong, Sungai Buloh, laju je puan zai dan anak2 siap2.
Nak2 ada org nak belanja karaoke pula tu...
 Sesampai jer, terus kami mencari food court untuk santapan tengahari, maklum lah nak hampir jam 1.30 dah masa tu.
Selepas perut memasing kenyang dan full dengan nasi ayam, yongtaufoo,yeemee claypot dan soya, kaki memasing nie terus je ke Games park yang terletak di bahagian atas.
Apa lagi, tukar RM10 kepada 20 coins, gembira anak2 memilih permainan. Bumpercar nie mmg anak2 suka dan tak terlepas pandang kalau ada di depan mata.
Selepas habis semua coins di tangan, kaki terus bergerak ke Suria Karaoke selang beberapa buah kedai dari games park tu.
 Suka sangat dengan lagu Wali Band iaitu Cari Jodoh... Ulang2 nak nyanyi...
Pastu nyanyi lagu No body but you ~ Wonder Girl's
 Lagu yang kakak suka selain tu lagu dari Suhaimi Meor Hassan ~ Kalau berpacaran...
 Adik tak nyanyi, hanya posing je dpn camera... Kali ini adik jadi pemerhati setia...
 Sambil pegang mic sempat juga kakak mengunyah, mulut penuh dengan roti bekalan dari rumah.
 "Adik nak nyanyi?" Tanya ibu.
Adik "jawap" dengan gelengan.
 Jam hampir 6.15 baru masing2 angkat punggung dan angkat kaki nak balik.
Sebelum tu sempat jalan2 tgk barang tp tak lah puan zai beli apa2 kecuali kasut  "pua chu kang" colour biru untuk adik dan sandal untuk kakak RM15.
Selagi tak beli selagi tu dua beradik nie buat muka.
 Singgah sebentar di Ali's Corner untuk dinner.
Di Ali's Corner nie juga ada masakan goreng dan tomyam. Tapi western food tak de la pula hari ini, bercuti la kot.
Malam nie puan zai sefamili tak masak.
Jadi, kenalah cari Ali's Corner untuk suruh depa masak kat dapur depa sebab dapur puan zai tak berasap untuk makan malam nie.hehe.
Seperti biasa kakak mesti order milo es.
 Adik pula nak soya tin yang biasa tak sejuk dan tanpa es.
Kalau takde soya kotak, soya tin akan diminta.
 Menu yang kakak pilih untuk dinner hanya sekeping roti canai with kuah dal.
"kenapa tak nak nasi?" Soal ibu.
"Kita kenyang..." Jawap kakak.
 "Adik nak nasi tak?" Tanya ibu pada adik di sebelah.
"Nak..." Jawapan adik pendek.
"Adik lapar ye?" Soal ibu lagi.
Angguk.
Untuk puan zai pula, puan zai order maggi goreng RM3.50 tapi kalu order yang mamak punya RM3.00 jer.
Tapi tak kisah lah sebab memang sedap ala lebih 50sen je sebab ada ayam kot...
Sesampai sahaja di rumah, semua keletihan. Walaupun keletihan sebab seharian di luar rumah tapi kakak tetap ada soalan untuk ibu:
"Ibu esok kita nak jalan mana?"
Ishhhh asal cuti sekolah nak berjalan je kerja dia... pulus kena simpan kakak sebab next week dah nak sekolah, banyak nak pakai duit kata ibu dalam hati.
"Esok kan rumah sebelah ada kenduri. Hari ahad pula rumah kita ada kenduri, nenek kakak nak buat tahlil untuk arwah onyang2 kakak (moyang)" Beritahu ibu pada kakak.
"Ooooo...." Respon kakak terus tidur... ZZZZzzzz
Selamat malam to my bushuk masham
Ibu sayang kakak dan adik...

No comments: