Banjirrrr...
Menjelang jam 3 petang hujan lebat ya-amat telah melanda Kuala Lumpur bandarayaku serta Segambut Dalam kampungku.
Petang ini puan zai dijemput balik dari kerja oleh adik puan zai dan si kakak. Kakak nie sejak cuti sekolah kalau paklangnya menjemput ibu dengan pacuan 4 roda, memang dia tak lepas kan peluang.
Kira2 jam 5 adik puan zai beritahu yang jalan besar rumah kami di naiki air. Sepanjang jalan nak ke jalan besar berhadapan Masjid Ubudiah telah dikhabarkan banjir. Jadi puan zai menganga dulu kat office, sambil tu meng-combine kan slide2 dari department head untuk meeting jumaat ini.
Tak lama selepas itu, adik puan zai msg yang tayar kereta bocor. Dia entah bagaimana tidak pasti yang tayar kereta tu boleh bocor. Yang puan zai tahu dia mengunakan jalan shortcut untuk menjemput puan zai dan tiba2 baru dia perasaan keadaan tayar berkenaan.
Ya-Allah cabaran betul lah, dah lah si kakak pun ikut sekali. Risau dengan keselamatan anak. Biasa la perempuan macam2 la fikir. Tapi sebenarnye takde apa pun. Mujur lah kereta tidak jauh dari rumah, adik puan zai pun berpatah balik ke rumah dan menunggu pakcik puan zai pulang dari kerja untuk meminta bantuannya. Sememangnya pakcik puan zai nie terer dlm bab2 hal ehwal kereta nie.
Di sini puan zai copy paste dari fb adik puan zai tu;hehehe
Ron Zairinz
Sementara menunggu dia tu, ishhh puan zai risau tapi alhamdulillah, setelah tayar di tampal satu tayar depan satu tayar belakang, dijemput lah puan zai dari office pulang dengan selamat ke rumah.
P.s - Sejuk malam nie. Si adik sudah start batuk dan puan zai dah selubung dia dgn selimut dan vick serta menge-pam nya dgn inhaler. Balik rumah tadi sesampai je si adik kata salah satu gigi dah tertanggal...hehehe
My bushuk masham with my benten |
OK lah sekian untuk hari banjir nie. Salam sayang...
No comments:
Post a Comment