Hari ini hari ahad bersamaan 26 December 2010. Seperti yang puan zai beritahu semalam, Mak dan abah puan zai berhajat nak buat majlis bacaan yassin untuk arwah nenek sebelah mak iaitu Jaharah Awi, arwah atuk sebelah abah - Haji Bidin bin Baharudin, Moyang2 puan zai - Rahmat bin Kasan, Awi bin Majid, Mak Mah binti Jalil dan Jesah binti Adam (keempat2 arwah moyang adalah sebelah mak).
Bangun pagi sahaja, masing2 dah sibuk di dapur bergotong royong beramai2. Bukan sahaja kaum ibu, kaum anak2 juga sibuk, sibuk mengacau... huhu...
|
Kakak with Sutera (pangkat makcik Zahirah) tp malu menyorok belakang langsir. |
|
"Adik pun nak ikut baca yasin kakak..." |
|
Tetamu sampai jam 3.00 petang |
|
Yassin dimulakan bacaan beramai2.. |
|
Yang sebelah kanan bertudung hitam nie nenek saudara puan zai bernama Hajah Saadiah. Dia lah penyambut tetamu hari ini ~ kiranya dia pun orang paling sibuk hari ini sebagai penyambut tetamu. Terima kasih nek. |
|
Acara menjamu selera untuk para tetamu... (sori pic kabur sikit) |
|
Yang ini pula acara menjamu selera bagi orang dapur... |
|
Sila... sila menjamu selera... |
|
Kakak with adik yang lapar. Tapi nampaknya adik makan beriani je tu... |
|
Nyum nyummm... |
|
Menu: Nasi beriani & nasi putih, dalca daging, ayam merah, jelatah, papadom,buah oren. Kuih:kaswi, agar2, karipap kentang dan muffin (kuih2 sedekah dari jiran2 sebelah menyebelah... syukur agar murah rezeki meraka. Air pula puan zai buat teh o, sirap dan oren. |
|
View the lauk pauk... makan berhidang, hidang dalam 5 dulang untuk tetamu. |
|
Ucapan penghargaan terima kasih nenek dari pihak kami kepada datin yang mengetuai rombongan ini. |
|
Tetamu mula berarak pulang... terima kasih semua... |
|
Terima kasih.... |
Sekian buat malam isnin... sudah letih mahu beradu esok mahu kerja...
Puan Zai
No comments:
Post a Comment