Monday, December 6, 2010

Jemputan dari Datuk Seri

Salam buat semua...

Nama pun musim cuti sekolah, jadi setiap minggu pada tahun nie puan zai dan keluarga setiap minggu ada jemputan perkahwinan ~ makan kenduri.
Kali ini, orang kampung mendapat jemputan dari jiran kami di Bukit Segambut yakni Datuk Seri sempena perkahwinan anak perempuannya Nuha & Khairul.

Bukan nak kata pengikut dia lah, cuma puan zai hadir sebagai jemputan jiran tetangga hehehe jangan salah faham yeee...kahkahkah... alahai...

Kehadiran kami amat di alu-alukan Datuk Seri dan keluarganya. Kami dapat jumpa dengan Datuk sendiri dan Nurul Izzah sementara Azizah sedang sibuk di dalam rumah kerana pengantin lelaki serta kompang akan mula berarak. Tapi kami tak sempat nak tengok pengantin sebab rombongan bersambung ke majlis perkahwinan yang lain di Segambut Dalam. 

Kami kaum ibu dan anak2 berkonvoi jalan kaki je la sbb dekat. Kaum bapa dah dahului dulu...

Antara yang turut serta makan kenduri ialah Mak puan zai, nenek saudara, Alang, Cik Jana dan Sutera, Cik Yati dan Mira & Cik Iyut.

Antara pic2 yang dapat di ambil:

Dari kiri : Rozana, mak, dpn nie Datin Zai la eh eh puan zai lah, dan Datuk Seri. Mulanya nak ber pic dgn Izzah tetiba Datuk yang sedang berborak di belakang terus interprime... mak kata datuk nak ambil gambar nanti tak tidur malam... Datuk kata boleh2, alahai jgn la tak tidur malam.. aiii mak pandai bergurau ekkk...

Izzah with Datin Zai eh eh bukan bukan puan zai..

Sedang bersalam dan ucapan terima kasih kat Izzah tapi Izzah tu slim sgt tak dpt masuk dlm pic nie hehe...

Yang ini makcik saudara puan zai yakni Zarina with Izzah

Dari kiri lagi : Izzah, mak, datuk, zarinah. Dari belakang  Cik iyut dan nenek.

Hmm my bushuk masham. Ada je acara mesti ada je peel dia. Kali nie nak tembikai dan buah oren. Nasi tak mahu pastu merajuk dgn ibu...

Tetamu yang hadir terus di anjak ke meja buffet haha

Lauk pauk yang di hidang di meja buffet mmg byk tak terkata, sedap2 belaka. Antaranye yang puan zai ambil ialah nasi, ayam rempah, rendang daging, dalca, ayam sweet sour, sayur campur, arca buah, buah2an, kueh muih pelbagai, teh tarik dan air straberi..

My bushuk masham with nenek. Kakak tak ikut sebab sibuk nak main games. Majlis kedua baru kakak sibuk nak ikut... Adik tu sedang jeling kat ibu sbb kat buah lagi...

Mak with cik iyut @ edah and nenek saadiah~nenek sedaro...

Sengih lepas dapat lauk kihkih

Time nie kami baru duduk di meja, rata2 tetamu pun ramai  yang sampai, bila tenung2 rupanya khemas sebelah sana dah penuh. Tp selesa juga la sebab byk canopy yang di pasang tempat sure ada... maklum le org kampung ramai hehehe

Melayan tetamu yang baru hadir

Ucapan terima kasih tak lekang dari bibirnya. Tp yang pasti puan zai dengar asyik speaking jer ye lah bangsa asing pun ramai...

Moh ler kita balik mak. Perut udah kenyang udah dapat ole2, moh2 ke majlis kedua pula...

Jadi, sampai di sini lah coretan puan zai untuk hari ini.

Wassalam.

Selamat berhari isnin esok...

No comments: