Wednesday, December 8, 2010

Kalau berkerja...

Kalau keje,
ada boss.
Kalau ada boss,
ikut cakap boss.
Nie ada boss,
tapi ada org lain yg bukan boss,
tp berlagak mcm boss.

Sabar je lah, nama pun kuli. Ibarat ikan bilis dgn ikan jaws. Tapi masalah kalau mmg kita nie ada boss, patut jugak lah ikut arahan boss. Ini kalau org lain yang terlebih lagaknye dari boss kita sendiri haa camner tu???

Memang la kena sabar kalau nama pun kita nie berkerja. Sabar tu memang sabar lah. Tahap kesabaran pun ada tempat. Puan zai nie bukan lah berkira sangat tapi bila org tu dengan muka2 sekali di buat kat kita sakit la hati jugak.


Puan zai kalau dapat bersua muka dengan sesiapa sahaja sebolehnye riak muka mesti lah nak senyum kalu boleh dengan gelak sekali. Seronok apa kalau kita dapat senyum walau dgn org yang kita tak kenal. Maksud di sini kalau dalam bangunan tempat kita berkerja lah. Bukan nya di tepi2 jalan tu... harap maklum...


Kenapa puan zai sebut pasal senyum? Berbalik pada cerita dan tajuk di atas nie, yelah org tu bukan lah boss puan zai. Dia pun ala2 staff boss dia tapi lagaknya hmmmm lebih dari sudu.

Kalau kena jumpa dia ~ kalau boleh, tak mahu lah jumpa kecuali terpaksa bila ada document penting yang kena hantar by-hand, muka dia mcm apa ntah takde senyum lagak dan gaya duduk pun mcm madam besar. Dia ni kalau tak duduk kerusi yang dia duduk skrg apa lah sangat jauh beza dgn position puan zai skrg (heheh nak sedapkan hati). Kira dia tu level atas sikit sbb under bis boss. Dia nie kalau benda nak minta tolong kita mak aiii dalam phone mcm kita tau dia sedang senyum.


Puncanya ialah esok ada meeting kat office dengan top management. Pagi tadi juga boss telah semak ke semua slide yang puan zai dah combine untuk ketiga2 department under boss puan zai. Itu pun pagi itu juga dia keluar dari bilik dia terus cari semua org minta slide. 

Boss pun satu meeting sana sini cuti sana sini, benda ni last minute pula bagitahu. Sehingga kan jam 10 puan zai telah meng-remind dia yang org atasan mahukan softcopy dengan kadar segera dahulu. Setelah dia kata ok baru lah puan zai photocopy 10 sets (12 slides) untuk di masukkan dalam booklet meeting dan terus hantar ke atas tanpa lengah2. Part nie kira dah setle lah bagi puan zai.

Mana lah nak tahu kira2 jam 5pm tiba2 boss panggil kenapa figures salah satu department ni tak betul. Staff yang buat report tu dipanggil dan saat tu la puan zai terpaksa tunggu amendment slide dari dorang. Dengarnya boss dah bising tapi salah puan zai ke? My part just combine kan je slide2 dorang. View puan zai bukan macam dulu kita yang kena prepare slide2 boss, skrg nama pun dah tukar department lain, pandai2 lah. Kalau kita ikan bilis memang semua la salah kita sebab dorang je betul.


Tunggu punya tunggu adoiii jam kat tangan dah hampir pukul 6. Walhal adik dan anak puan zai dah tunggu pun di bawah dari jam 5.15pm. Dek kerana kerja puan zai pun kena lah tunggu takkan nak terus balik dah dorang pun dok kecoh2 kat meja puan zai. 

Lepas tu boss pesan "OK zai you can send first the soft copy to xxxxxx, then tomorow you can print hardcopy for the booklet". Puan zai kata ok lah niat hati nak terus balik lah tapi bila piker buatnya esok photostate machine buat hal ke esok, haa camner kan? Puan zai jugak yang susah dah la machine tu kadang2 problem. Dengar2 esok juga ada firedrill kat bangunan puan zai kerja nie. Ishhh... idak laaa... baik puan zai setle kan semua nya hari ni. Dah la meeting start jam 10am, tak ke naya tu.


Selepas semua ok, satu copy puan zai pass to boss untuk di gantikan dengan yang lama kepada slide yang baru. Lepas tu puan zai call si xxxxxx untuk bagitahu dia yang puan zai dah setle print. Dalam phone pun puan zai dapat dengar suara kebengang dia pada puan zai (aik puan zai ke yg salah dlm ini cerita?) Jadi 4 sets dia suruh puan zai anta kat dia dan yang lagi 5 dia suruh puan zai cari org2 yang berkenaan yang sudah dpt booklet tu dan puan zai sendiri kena jumpa big2 boss tu. 


Selepas puan zai off pc, dengan kadar segera dan langkah yang panjang puan zai ke tingkat atas. Kuak je pintu office dia terus puan zai pass copy slide tu, ishhh dengan muka yang takde senyum dan lagak melebihi boss puan zai sendiri, yang mana seharusnya puan zai cabut je dari situ tapi soalan2 yang keluar dari mulut dia seperti:
"Why last minute?"
"Why...?"
"Why...?"
Cepat je puan zai jawap apa yang perlu puan zai jawap dengan jawapan yang seadanya... Ada ke dia tanya dah anta ke softcopy by email? Isk nampak benar tak tengok pc ke dah lama puan zai anta...

Salah puan zai ker? Selesai je terus puan zai turun dan balik. Kepala memang la dah start sakit dari jam 5pm td. Dah start denyut2 lagi masa dok ulang alik ke machine yang sedikit sengal tu.


Puan zai bukan lah seorang yang suka merepek tapi kali ini terpaksa tulis di sini sebab puan zai ingin tidur lena malam nie. Tidak mahu benda remeh nie menyenakkan kepala dan mengusutkan fikiran.

Semalam pun puan zai tak berapa lena sangat sebab my bushuk masham ada menunjukkan tanda2 batuk dan terjaga mlm. Puan zai akan bangun untuk menge-pam (inhaler) jika keadaan memerlukan. 

Lumrah puan zai nie sejak melahir anak kedua yang mengidap Hyperactive Airway Desease semasa anak umur 1 tahun sehingga lah skrg nie anak dah pun mejangkau 5 tahun, mmg puan zai akan auto terjaga walau sepenat mana puan zai pada masa itu jika anak ini tak sihat.



Skrg ada rasa kurang sedikit senak di dada, rasanya lena tidur malam nie dan puan zai berharap anak puan zai sihat. Malam nie nampaknya si adik nie lena je tidur selepas puan zai sapu vick ke dada dan belakangnye.

Sekian sahaja untuk hari ini, selamat beristirehat dan semuga hidup kita diberkati Allah swt hendaknya.


Wassalam.



 

No comments: