Sepatutnya plan hari ini pada awalnya ingin ke pawagan pada awal pagi. Dek kerana cuaca mendung dan anak2 masih lagi di ulit mimpi puan zai postpone la sampai ke petang.
Petang punya show dalam jam 6.45pm. So, dalam jam 6 puan zai dan anak2 dah bersiap sedia dan enjin kereta pun dah di hidupkan.
Tiba-tiba abah puan zai memanggil dari dalam biliknya. Hmm rupanya abah sedang menge-pam sebab abah puan zai nie ada COAD, ala kira seumpama sakit ini berkaitan dgn asthma. COAD nie berpunca semasa seseorang masa mudanya kuat dengan mengisap rokok.
Kalau abah puan zai macam nie gayanya, kena la kami adik beradik nie tak boleh atau tidak sama sekali untuk keluar ke mana2.
Enjin kereta di matikan. Anak2 dipanggil masuk ke dalam rumah. Apalagi si kakak punya la buat perangai. Mula2 dok kata perlahan-lahan nak pegi tgk wayang juga, makin lama semakin kuat diikuti dgn jeritan frust dan tangisan. Puas la nak pujuk sampai si adik pun merajuk dgn ibu. Macam la ibu yang cancel programme petang nie.
Sebabkan takde cara lain nak memujuk, puan zai terus tenyeh garam dan kunyit kat 3 ekor ikan talapia yakni ikan nie mmg favourate si kakak. Di tambah pula mak puan zai teringin satay... jadi talapia + satay = untuk memujuk buah hati @ my bushuk masham puan zai nie.... (cabaran di Maal Hijrah nie...)
Talapia baru di siang ada 1 bekas, tapi puan zai goreng 3 ekor je mlm nie (alamak itamnye kuali baru perasan hehehe) |
Asalnye tadi mengamuk sakan, menangis sekuat hati, tp bila dapat je talapia terus post depan camera... |
Perlahan-lahan tu kak, ikan masih panas... |
"Aikkk banyaknya ikan kakak" si adik buat2 terkejut pula tgk ikan si kakak... |
Peaceee... dont cry my little girl... |
Sedapnyaaaa......... |
OK ok minum air dulu... |
Pekena satay pula... nyum2... |
Satay oh satay... instead of wayang oh wayang... |
Ibu sayang kakak dan adik... muahhh...
Saat ini my bushuk masham already di buai mimpi...
P.S - Puan zai minat sangat atas pengarahan Mamat Khalid, so skrg tgh tggu cerita terbaru beliau filem Hantu Mak Limah Balik Ke Rumah. Haha baca tajuk dah nak gelak tp nie cerita hantu komedi macam cerita favourate anak2 puan zai iaitu zombi kampung pisang.
No comments:
Post a Comment