Friday, December 10, 2010

Farewell, makan serta tangisan...

Salam malam sabtu...

Puan zai malam nie curi2 masa nak type dlm blog nie. Anak kecik dok komplen soh garu2 badan dia sbb nak tidur (aktiviti lumrah sebelum tido).
Hari ini tak byk kisah nak diluah. Kisah semalam sebolehnya di lupa dan di padam (konon la kalau boleh...). Tapi tak boleh jugak sebab kisah tu bersambung la ke hari selagi meeting boss tak habis.

Sesampai sahaja di office, puan zai terus bersarapan mehoon dan nescafe ais (menu rutin setiap hari). Setelah kenyang puan zai segera menghantar 5 amended copy slide yang dah puan zai print hardcopy semalam ke 5 org big boss tepat je jam 8.30. Puan zai tidak mahu terlewat sebab puan zai dapat tahu yang firedrill akan dijadualkan hari ini. Meeting pula start pada pukul 10pagi yakni sejurus firedrill tamat.
Puas la puan zai naik turun dari tingkat 23rd floor yakni CEO office terus ke tingkat 18 dan kemudian turun balik ke floor puan zai untuk jumpa 3 org big boss yang lain.

Sampai je tempat duduk, pengumuman kedengaran di corong pembesar suara meminta semua pekerja keluar dari bangunan dan turun melalui tangga untuk ke post yang telah ditetapkan. Dalam masa satu jam sahaja latihan nie, puan zai pun dah mula rasa letih, yelah dengan kelam kabut menghantar document serta turun tangga dari tingkat 12 ke ground floor.
Pada hari ini juga, puan zai ada co-ordinate satu majlis farewell secara kecilan untuk seorang sahabat yang hari ini adalah terkahir dia berkhidmat di MAA nie.

Puan zai telah menempah makanan di food court dan ada yang berbesar hati membawa lain2 makanan. Untuk dia puan zai, puan atun dan puan zila telah menghadiahkan selimut cotton cik ton untuk dijadikan kenangan.

Biasa lah dah siap acara makan2 tu, ada acara tangis-tangisan pula. Ye lah sedih jua la sebab dah lama kenal.


Menu utama: Nasi ayam, buah2an,koktel buah, sayur campur & air asam boi limau. Yang dari rumah bingka labu, roti stim sereal,kueh donut,kerepek.

Sebenarnye nak pic dulu selimut cotton cik ton nie, tp terlupa terus je wrapping. Jalan salah sangka bukan buat farewell untuk si dia tau. Yang ini Atun yang dia pegang tu baru selimut sebagai present...hehehe


Setakat ini je la coretan malam nie. Nanti berjumpa lagi. Salam malam sabtu.

p.s -Puan zai kalau boleh cuti minggu nie habis kan novel yang puan zai pinjam dari kak aya yang bertajuk "Jauh kau pergi" karya Shiya Zafira. Dengarnya cik ton dan kak aya dah "bermadu" dengan Rif tu. Haaa tunggu nie madu no 3 datanggg hehehe...


No comments: