Cuaca pun suam2 ajer. Bangun sahaja dari tidur, kami bersarapan dengan nasi lemak sambal kerang serta milo suam.
Waktu ini, ramai yang keluar. Si kakak lepas sarapan dah hilang main dengan kawan sebelah rumah. Bila dapat lampu hijau laju jer nak main.
Mak puan zai dan adik perempuan, suami serta anak2 dengarnya nak ke Yong Kong. Tak pasti tempat nie supermarket kot. Bukan nak beli apa mak kata, cuma nak jalan2 jer.
Abah pula sibuk kat reban ayam. Selain itu abah juga sibuk dengan pokok2 bunga dan tanaman sayur2an. Sekilas pandang tadi nampak ada sebekas rambutan gading kat beranda tadi.
Nampaknya juga limau kasturi, betik, pisang dan nenas yang di petik tadi ada di dapur. Abah puan zai rajin menanam sebab tak de nak buat apa kat rumah~bercucuk tanam pun cukup lah rezeki kami sekeluarga, jika ada lebih baru bahagi2 pada jiran dan saudara.
Adik lelaki pula awal2 pagi sabtu nie dah siap mandi dan keluar. Jadi semua org ada aktiviti sendiri, mana yang berjalan mana yang berkerja.
Jadi, tinggal lah puan zai dgn si kecik nie my bushuk masham.
Tengahari masak lauk simple yakni nasi puteh, sambal telur mata kerbau dan bayam goreng.
Baru ini sahaja puan zai buat cekodok milo. Maklum lah nama pun cekodok milo jadi puan zai bubuh milo pada tepung, bubuh secubit garam dan sedikit gula. Cekodok milo ini permintaan si adik memang dia suka.
Setakat tengahari ini sudah dua kali si adik minta susu... dah dua botol dah masih tak cukup lagi... lapar lagi tuh... Sambil menyusu sambil tengok tom & jerry...
Dari pagi asyik mengadap tom & jerry... |
My bushuk masham with the cekodok milo... |
Baru di angkat dari kuali... |
Hep... heppp... nanti dulu panas kang lecur bibir adik tau... |
Baru petik dari belakang rumah... abah dah siap susun, selalunya bagi nenas tu masak pastu abah kupas letak peti ais baru puan zai makan... |
Sebaldi rambutan gading... |
Menyusu sambil tgk kartun... malu lah bantal bucuk tuhh... |
Sampai di sini sahaja untuk tengahari di hari sabtu ini. Puan zai nak sambung membaca ditemani si adik yang masih menyusu sambil sekarang menonton channel Ceria cerita Geng Bas Sekolah.
Salam sayang...
No comments:
Post a Comment