Thursday, December 30, 2010

Orentasi Ahmad Khuza'ee 30th December 2010

Sudah banyak hari anak lelaki puan zai nie kata nak pergi sekolah. Sungguh semangat dan tak sabar2 dia untuk ke sekolah.

Minggu depan yakni tahun 2011, adik dah masuk 5 tahun. Puan zai menghantar adik ke Tabika Kemas dekat dengan rumah puan zai.
Cikgu Hawa adalah guru yang sama semasa Zahirah sekolah Tabika  Kemas tahun 2007-2008.

Ikuti la rentetan di bawah semasa hero puan zai ber orentasi tadi. Masih malu2 dengan kawan2 baru.
Sampai sahaja di sekolah jam 10am, murid2 di beri sarapan coco crunch dan air susu.

Selepas sarapan, murid2 kena berbaris untuk Cikgu Hawa bawa melawat sekitar dalam sekolah. Adik kena tahu di mana bilir air, dapur dan lain2 ruang di dalam sekolah Kemas nie.

Selesai lawatan ringkas tadi, semua murid2 kena duduk untuk mendengar taklimat dari Cikgu Hawa. Bukan sahaja murid2, ibubapa yang hadir juga turut mendengar.

Perkenalkan Cikgu Siti Hawa binti Md Arif

Kakak sentiasa memberi sokongan kat adik dari belakang... chaiyok adik!!!

Sebelum selesai orentasi tadi, semua murid telah mendapat baju sekolah masing2. Apa lagi sesampai sahaja di rumah adik terus test power baju tu, siap dengan kasut dan beg sekolah. Entah berapa kali la adik dok pakai bukak pakai bukak baju sekolah tu..hehe excited sungguh nak ke sekolah isnin ini...
Sekian untuk pagi kahmis ini. Semua persiapan dan yuran untuk kedua2 puteri dan putera puan zai dah settle. Cuma nak pergi gunting rambut adik dan bayar duit bus sekolah kakak pada hari isnin nanti.

Sekian untuk orentasi adik.
Wassalam.

Puan zai...

No comments: