Tuesday, January 11, 2011

Suka hati lagi

11.1.11
~~~~~~
Cantik kan date hari ini...

Hari ini puan zai suka hati lagi...

Sebelum jam 7 pagi, adik dah bangun sendiri.

Puan zai kata kat adik jom mandi, dengan sendirinya adik berjalan ke bilik air. Selalunya kena dukung ke bilik air. 

Peel sebegini juga serupa seperti kakak yang nak puan zai gendong kakak ke bilik air setiap pagi di hari persekolahan. Kalau tak kakak takkan bergerak sendiri atau mengerakkan atau menjejakkan kaki ke bilik mandi.

Tetapi semenjak kakak masuk darjah 3 ni, puan zai tak perlu lagi berbuat demikian mungkin kerana kakak semakin besar (katanya lah) dan bagi puan zai pula, kakak dah semakin berat lah... huhuhu badan pun dahulu kurus sekarang semakin berisi terutama tang perut kakak. (Sebut berat je lah kalau sebut gemuk kang kakak kata gemuk macam ibu pulak huahuahuaa...)

Berbalik pada si adik tadi, puan zai terus mandi kan adik dengan senyuman serta suka hati dan siapkan kan adik. Bahkan stokin adik pun adik pakai sendiri.

Sukanya hati ibu ini tengok adik pagi ini. Moga2 la mood adik baik pada setiap pagi persekolahan. Sayang adik.

Suka hati puan zai ni bukan sahaja di rumah. Di office juga puan zai turut suka hati. Maklum lah boss arini dah out station ke Melaka... yahooo... bukan boss puan zai shaja, bah kan boss2 yang ada di floor puan zai nie.

Hari ini di Melaka ada Annual Planning Conference 2011 sehingga 13hb. APC nie turut melibat kan chief consultant dan managing consultant serta orang2 atasan dan teratas.

Pada tengahari hari yang sama conference yakni pada 13hb tu, bersambung pula dengan Life Budget Meeting 2011 yang hanya di hadiri dengan management dan marketing.

Lega lah sebab boss dan puan zai dah tukar division. Tak perlulah lagi puan zai risau untuk menghadirkan diri dan meng"coordinate" meeting2 besar macam nie. Dah la kena outstation 3-4 hari pastu bila balik office pening pula nak tulis minute yang berhari2 tu. Mahu lah pening kapla nanti... adehhh... Yelah sepadan la dengan title puan zai sebagai kuli nie, biar lah orang tinggi sikit yang take over sepadan lah dengan gaji dorang pun.huhu...

Wah2 bestnya bila boss tiada nie. Tapi semalam dalam jam 6, masa tu puan zai belum balik lagi sebab masih hujan, boss ada tinggal "wasiat" dan sebelum dia keluar dia cuma kata "anything email me". Hehe ok boss. Aiyai boss.


Dan 24hb-25hb boss ada course kat salah sebuah hotel kat KL nie... wah suka hati lagi.

Dann... dann ada lagi... sebelum dia balik semalam dia ada pesan supaya arrangekan leave form dia ke CEO sbb dia dah plan nak ambil cuti pada 26hb Jan sehingga 10 Feb 2011 sempena Chinese New Year bulan depan. 

Wah... lagi sakan lah serta suka hati puan zai dengar. 
Ya bedabedu... suka hati lagiii...


Ehem ehem... Walaupun boss takde, tapi puan zai tahu ada lagi orang2 yang akan "menyamar" jadi boss, suka2 hati dorang je nak suruh puan zai jadi kuli (hai memang kuli pun tak sedar ke? haha).

Jadi sekian sahaja coretan ringkas untuk malam nie.
Bersambung esok... InsyaAllah...
Semoga kalian ceria di samping keluarga...
Wasalam///




Puan zai... yang suka hati...

1 comment:

lady lavender said...

hepi alwayzz pua zai..petua awet muda :-)