Sunday, January 2, 2011

Hari Gunting Rambut Sedunia

Rambut sebelum...
I
I
I
V
Rambut selepas...

Ibu kata "Salah satu semangat untuk ke sekolah, kena gunting rambut, dik".

Adik cuma mengangguk. Entah paham entah tidak.
Kalau sebelum nie puan zai gunting sendiri rambut si adik. Tapi nak masuk hari pertama sekolah nie, hantar ke kedai aje lah. Biar nampak smart sikit. Maklum kalau amatur yang gunting, sengit2 kang. huhu
Mula2 elok je si adik nie, siap borak2 dgn abang gunting rambut. Setelah selesai je gunting, adik mula jeling2 ibu.

Tiba2 adik mula meraung nak melompat ke ibu. Aik kenapa pula adik nie...

Oooo rupanya bila adik nampak je pisau cukur, terus dia meraung nak balik. Apa lagi, nak buat camner tak payah lah oter atau cukur rambut tu.

Puan zai bayar je RM5 terus bawa adik keluar dari kedai tu sambil adik memeluk ibu dengan kuat tanpa lepas2...

Adik adik.......

No comments: