Salam malam rabu... salam hujan malam...
Puan zai tak pasti cerita malam nie boleh di post atau tidak. Blog "Jendela Hati" ini kan banyak post mengenai "My Bushuk Masham" je.
Tapi puan zai rasa ok kot walaupun nak cerita mengenai ex-boss tapi ada kena mengena dengan hidup puan zai.
Jika dah kena mengena dengan hidup kita, so blog ini memang ada kena mengena dengan puan zai.
Hai panjang pula mukadimahnya..
OK lah macamnie... Sejak dua hari lepas puan zai ingat dah birthday ex-boss nie.
Ikutkan selama 13 tahun, ini adalah department ke 3 puan zai selama berkerja di insurance company nie.
Pula tu bila puan zai tranfer ke department nie, puan zai kena (diulangi kena) assist dua orang boss yang mana salah seorangnya dah early retirement tahun lepas.
Sejak awal tahun dah set dalam kepala nak wish dia cuma puan zai lupa nak set dalam hp.
Buatnya tadi bila dok termenung tadi nie, tiba-tiba teringat dia. Lekas-lekas capai HP dan msg dia.
Walaupun sepanjang kerja dengan ex-boss nie, setakat kena dengar amarah dia pada orang lain atau staff bawahan dia memang puan zai akan jadi pendengar walau yang di marahnya adalah orang lain.
Tadah je la telinga nie dengar "kebisingan" dia bila time mood tak ok.
Paling tak boleh lupa sepanjang berkerja dengan ex-boss ini ialah sikap pelupa dia. Al-maklumlah dah masuk 55tahun hehe. Esok-esok agaknya puan zai macam tu ker? kuikui...
Memang gelaklah dalam hati je lah, bila tengok perangai macam nie mulalah teringat abah sendiri yang duduk rumah tu.
Antaranya memori yang puan zai ingat:
~Blackberry ex-boss tertinggal dalam kereta kat parking, berlari lah puan zai pergi ambil sebab dia nak masuk meeting masa tu.
~Pernah dia dah sampai rumah, dia call tanya puan zai ada tak dia tertinggal ubat atau kunci dalam drawer kat office.
~Laptop dia ada problem masa weekend, puan zai juga lah yang dia call walhal puan zai bukan pandai sangat bab-bab IT nie..huhu
Pernah dahulu seingat puan zai peristiwa puan zai hantar report pada hari jumaat pada dia. Weekend tu baru dia tengok report berkenaan.
Pagi-pagi hari isnin tu bila puan zai sampai saja di office, belum breakfast lagi puan zai dah baca email dari dia yang bising kata report puan zai buat tu salah.
Meleleh juga lah airmata ibu nie bila baca kata-kata pedas dalam email tu... Wah panjang berjela... dan cc pada boss yang lagi sorang tu, lagi lah pedih hati ini.
Selalunya kalau jadi bab-bab nak ter"stress" ni puan zai akan cepat-cepat fikir yang positif dan me"motivate"kan diri sendiri.
Bila dok fikir-fikir nie... Ehhh tak boleh jadi ni, bila orang dah kata kita salah buat report, puan zai checklah balik. Aiii check punya check rupanya ex-boss tak baca betul-betul. Hai apa lagi tak sabar nak tunggu dia masuk office pagi tu.
Sesampai je dia kat office, puan zai terus masuk dan terangkan. Tapi dia cuma tunduk dan angguk-angguk kepala dan tak kata apa-apa pun.
Selang beberapa jam sebelum lunch tu, dia ada hantar e-mail suruh puan zai print document guna A3 size sebab printer dia tak boleh print guna paper besar.
Tang hujung ayat dalam email dia dia kata sorry. Marah by email.
Say sorry pun by email lah.
Nama pun boss, ikut je lah.
Tengahari tu dia keluar ada lunch appointment. Masuk je dia terus hulur seekor ayam golek bangsar. huhuhu.
Haa ini pun style sebab kalau lepas marah mesti belikan puan zai ayam atau kek atau apa aje lah yang dia nak beli terutamanya bila dia singgah ke seremban branch dari rumah dia di JB tu mesti dia belikan tepung pelita dan kueh koci.
Paling puan zai tak lupa ialah bila dia hulurkan kad hari raya. Ayat mengalahkan pakcik-pakcik melayu. Punya panjang ucapan-ucapan raya walau dia bukan melayu.
Kalau telek-telek kad tu memang kita akan sangka yang orang bukan melayu yang hantar. Bukan puan zai seorg sahaja, dengan staff dan orang lain pun serupa.
Itulah antara kenangan berkerja dengan ex-boss nie.
Masa kali terakhir puan zai jumpa dia, di mana hari dia pulangkan semua "harta-harta company", dia sempat kata kat puan zai yang puan zai masih terngiang-ngiang lagi dalam ingatan:
"Ko kerja je lah zai, tak payah risau tapi ko hati-hati je lah sebab kat sini banyak sangat "politik". Aku pun tak sangka aku retired awal sangat ni. Aku minta maaf kalau aku ada marah2 ko. Selamat maju jaya dan Selamat hari raya maaf zahir batin."
Dialog nie dia dengan puan zai memang guna "kau aku kau aku" lain lah dengan boss seorang lagi "i u i u"lah...
Puan zai rasa cukup sampai di sini saja coretan cerita dulu-dulu. Mata pun dah layu. Esok nak kerja.
Wassalam.
Puan zai.................
No comments:
Post a Comment