Selesai sudah minggu pertama hari persekolahan.
Sesampai di rumah tadi dari tempat kerja, kedua2 ank puan zai dah beritahu tentang kerja sekolah yang mereka kena selesaikan untuk cuti sabtu ahad.
Untuk si adik, nampaknya selama 5 hari berturut pada setiap pagi adik tetap dengan ragamnya yang dok menangis di sekolah. Tak tahu la apa yang nak diraungkan oleh adik.
"Adik hari isnin sekolah lagi tau" Ingat ibu. Adik cuma tersengih angguk. Ye lah tu adik... adik...
Setelah puan zai interview adik, kakak tunjukkan kerja2 meng-colour adik pada puan zai. Si kakak juga mengadu yang cikgu beri dia banyak kerja sekolah.
Puan zai hanya mengangukkan kepala. Dalam hati elok juga la tu. Asyik nak main je, biar cuti dua hari ini dipenuhi dengan ulangkaji.
Selain itu juga, si kakak tak sudah2 dari petang tadi memujuk puan zai agar daftar kan kakak ke kelas teakwando.
Alah ini tentu si anak buah puan zai yang baru masuk darjah satu sekolah yang sama tu nak masuk teakwando. Apalagi tentu la si kakak nak masuk jua sebab dah ada kawan.
Lampu bilik dah padam, mata dah pejam tapi terasa macam terang. Rupanya kakak dan adik dok main games kat HP puan zai. Ehem2 sekali cepat2 keduanya "buat2 tidur" adoooiiii esok nak sekolah weiiii... |
Pagi tadi masa nak kejutkan adik... terus je melompat landing kat hujung katil~taknak pegi sekolah katanya... tidur dalam kerut la adik nie... |
P.s - Raja Lawak musim ke 5 dah start malam nie. Rancangan yang di tunggu2 oleh puan zai. Puan zai nie minat tang komedi nie. Untuk minggu pertama nie, ada juga peserta yang menyerlah. OK la buat malam nie. Esok sabtu ahad adalah hari untuk berehat minda (kerja) tetapi masih untuk hari berkerja (anak2 dan famili)...hehehe
Puan Zai...
2 comments:
dalam duk kelam kabut pagi2 siapkan anak nak sekolah, sedar tak sedar dah seminggu berlalu. mcm kejap aje kaann..
Haah betul tu... hari ni dah masuk minggu kedua..masih dalam cabaran jugak nie hehe
Post a Comment