Salam buat semua...
Hari ini puan zai start berkerja setelah cuti selama 5 hari untuk bersama2 anak2 yang menghadapi minggu awal buka sekolah.
Hari ini juga boleh lah di katakan cabaran hari kedua persekolahan.
Sudah sebulan tak gosok baju2 sekolah, mulai malam ahad haritu bermulalah "hari sauna sedunia". Bersauna dengan iron.
Beberapa pasang baju sekolah siap di gosok untuk seminggu. Manakala baju kerja pun puan zai dah siap gosok, juga untuk kegunaan seminggu.
Untuk hari2 persekolahan ini, dinasihatkan (nasihat untuk puan zai) supaya siap2 gosok baju daripada nak gosok pada waktu pagi kerana waktu pagi, seorang ibu kena focus pula pada mempersiapkan puteri dan putera puan zai.
Seawal jam 6.30am puan zai dah gerak berjalan kaki ke jalan besar bersama kakak untuk menaiki bas sekolah. 15 minit selepas bas sampai, puan zai bergegas balik ke rumah untuk menyiapkan si adik pula.
Untuk ke sekolah adik, puan zai hanya berjalan kaki sahaja kerana antara rumah dan tabika bukannya jauh sangat. Setelah itu baru lah puan zai di hantar ke tempat kerja.
Adik? Cabaran hari kedua persekolahan kini telah bersambung. Tak cukup dengan aksi2 tangisan pada hari pertama, bersambung lagi la hari ini...
Aduhhhh... puan zai mula berpeluh...
Camner la nak tinggalkan si adik nie.
Menangis sakan di depan cikgu, dah macam kena bantai je gayanya. Bukan adik seorang je menangis, ada lagi dua tiga orang murid lelaki dan seorang murid perempuan turut meraung... raung dan raung... Macam dah seisi raungan jer.
Jam 8 baru mak puan zai datang menjenguk si adik. Masa pun dah agak lewat nie. Nak tak nak puan zai terpaksa tinggalkan adik dengan nenek di tabika dengan berat hati. Sebelum puan zai pergi, sempat juga jeling ke arah adik yang memeluk erat nenek tak lepas2.
Tika ini puan zai amat dan sangat2 risau (sesangat) bila pikir kan si adik nie. Sampai bila dia akan meragam macam tu... Dah lah malam tadi puan zai tak nyenyak tidur bila teringat keletah adik di sekolah.
Tadi puan zai sampai office jam 8.45am ~ lewat 15 minit. Aiii boss pula dah sampai dulu. Apasal lah harini dia awal. Kalau tak jam 9-10am baru sampai.
Letak je beg, terus masuk bilik boss untuk ambil hot water dan new paper untuk boss dannn laju jer puan zai ke meja sendiri.
On je PC, klik je pada icon email hmmm apa lagi hampir 100 email terjah pada inbox puan zai. selama 3 hari tiada di office.. kerja...kerja..kerja...adehhhh...
Untuk hari ini, sedaya upaya la buat apa yang patut sebab awal tahun nie banyak report nak kena keluarkan untuk di hantar ke top management. Maklumlah closing sahaja 31 dec hari tu, macam2 la nak buat. Report ini report itu mcm2 report dah.
Sambil2 tu mata memang tak lekang dari mengerling HP yang terletak di sisi, mana la tau dapat msg tentang si adik.
Dalam sibuk2 tu, tiba2 tak sabar pula rasanya nak balik awal hari ini. Dapat ke balik awal 5.15pm nie? Nak balik awal? Ye lah puan zai tak sabar nak jumpa adik, itu pun selepas puan zai call tanya khabar adik selepas selesai sekolah tengahari tu...
"Ibu, tadi adik tak nangis ibu. cikgu baik..."
Itulah ayat yang terngiang2 di telinga puan zai sepanjang petang di office.
Tersedar pada pagi yang puan zai hantar dia tu memang puan zai sedikit kecewa dengan adik tp bila terkenang2kan adik, rasa rindu, rindu dan rindu yang teramat.
Hati ini selalu berbisik mengatakan, ini adalah minggu pertama persekolahan untuk adik yang akan masuk umur 5 tahun february nanti (hai terpaksa la memotivasikan diri sendiri).
Jadi, sekian untuk malam selasa.
Selamat beristirehat bersama keluarga.
Puan Zai...
Umur adik tak sampai 1tahun masa nie. Kakak suka sgt dengan gambar nie. Mulut adik comot bernestum dan rambut jambul di depan kakak kata...hehe |
No comments:
Post a Comment