Saturday, January 22, 2011

Subuh yang indah

Salam buat semua di pagi sabtu yang indah.

Indah? Memang indah buat wargakerja company tempat kami berkerja. Kalau tak indah pun indahkan juga.

Pagi-pagi jam 6am dah bangun untuk kejutkan Kakak ke sekolah. Hari ini hari sekolah ganti untuk cuti CNY minggu depan.

Pagi ini agak liat juga kakak nak bangun. Katanya kalau hari sabtu sekolah selalunya tak ramai yang datang. 

Eh... mana boleh macam tu kakak nanti kakak akan banyak ketinggalan...

Masa nak temankan kakak ke bilik mandi, adik pun celik mata sambil tanya "adik sekolah juga ke?"

"Tak lah adik, kakak seorang je yang sekolah. Adik dan ibu cuti" Adik terus bangun menurut kakak ke bilik mandi juga. Saja tercegat di situ sambil tunggu kakak siap mandi.

Pagi ini puan zai dah settle kan dua bakul kain yang siap di basuh. Subuh-subuh gini sejuk terasa sejuknya. Berkabus di luar rumah dah macam berada di Genting.

Adik nie pepagi ibu jemur kain dia dok lari2..

Subuh2 adik dah minta biskut cicah milo...

Kan elok kalau pagi2 senyum, ceria aje macam ni~kakak sedang buat teh o suam untuk di bawa ke sekolah...

Sambil ampai kain kepala dok mendongak ke langit. Wah cantiknya ciptaan tuhan. Tak kelip-kelip mata puan zai dan adik memandang.

Sedang elok pandang langit, pandangan juga terhalang dengan tumbuhnya banyak kondominium di sekitar kawasan rumah puan zai.

Ye lah kami ini nama je dok KL tapi kawasan rumah kami kawasan kampung. Rumah kampung sebiji-sebiji. Maklum lah rumah jenis lot. 

Banyak juga lot-lot bersebelahan di jual penduduk, walaupun begitu kampung tetap kampung, cuma kiri dan kanan je naik banyak kondo dah mcm cendawan tumbuh selepas hujan.



Jika ada yang sudi menghantar ke Tesco lepas kakak balik sekolah nanti, boleh la puan zai beli keperluan dapur untuk stok sebulan seperti beras, minyak masak (ada ke jual minyak masak tu?), sabun basuh kain dan pinggan dan lain2 keperluan harian.

Bulan nie puan zai dapat voucher tunai Tesco. Jadilah dapat RM3.50.


Puan zai ingat nak beli meja study untuk kakak sempana birthday kakak 4hb feb nanti. Untuk adik pula puan zai nak cari meja kecil juga untuk birthday adik 28hb feb tapi birthday adik lambat lagi.


Sekian dahulu catatan untuk pagi sabtu. Kain yang untuk di lipat dah memanggil2 dah tu. Ada sebakul penuh kain semalam yang belum di settle.


Wasalam...
Puan zai...

p.s- Nanti puan zai nak tengok lagi ulangan Raja Lawak musim ke 5 di siarkan malam tadi. Sakit perut betul lah tengok telatah Johan dan Zizan tu, nak2 masa dorang tiru gaya artis Yusof Haslam dan Syamsul Yusof. Kelakar abes lah. Tapi tengok nasib jugak bila si adik nie dah konker remote tv tengok Astro Ceria.huhu.

No comments: