Assalamualaikum...
Pagi dan petang tadi masa nak ke tempat kerja, jalan clear sungguh.
Keluar dari simpang rumah, tiada satu kereta pun yang kelihatan.
Selalunya kereta akan beratur panjang nak keluar simpang. Itu dalam jam 6.45am.
Pagi tadi dalam jam hampir 7.15am wahhh gelap je, yang terang hanya lampu jalan dan lampu kereta puan zai je yang menyala hehe.
Sesampai je di highway baru lah nampak kereta2 orang yang masih tak bercuti berpusu2 nak ke tempat kerja masing2.
Kalau lah KL hari2 camnie kan bagus heheheee.... tapi jangan harap lah ye.
Sampai je rumah dari tempat kerja petang tadi ni, kakak dok nangis2. Agaknya apa menda lah tu.
Kalau tak gaduh dengan si adik tak sah lah tu. Selalu si adik nie suka sangat nak sakat si kakak.
Hari ini nak tidur awal lah. Weekend pun dah penat berjalan.
Asalnya plan puan zai sempena hari cuti iaitu Hari Wilayah 1hb Febuari 2011 esok, puan zai dan se-famili sahabat ingin berjalan beramai2 dan bawa anak2 masing2 pergi ke Pantai Morib.
Sebelah pagi berkelah dan sebelah malam boleh gi makan seafood.
Perghhh mesti best kan.
Tapi sebabkan asyik hujan jer dua tiga hari ini... Maka tak jadi lah, di batal. Ini lah kononnya lah asal plan untuk esok.
Tetapi... Kalau berkesempatan lah, esok pagi sempena cuti Hari Wlayah nie, plan beralih arah kepada nak bawanya anak2 ke tasik Titiwangsa.
Ini semua terpulang pada apa kata "driver" dalam rumah nie...huhu
OK lah buat masa ini. Catatan berhenti setakat ini.
Dah rasa macam dok kat negara yang Lady Lavender dok jer skrg nie... Sejuk semacam lepas hujan yang tak henti.
Tentu best kalau tidur awal dan berselimut. Nak2 esok tak kerja, lagi la rasa bestnya.
Tapi tu lah takat nak bangun awal bila dah berkahwin dan beranak pinak nie, idok la dapat bangun lewat selalu sebab si kecik nie subuh2 dah bangun dan mintak sarapan...
"Ibu nak milo, ibu nak biskut, ibu nak ini, ibu nak itu..." huhu
Sekian sahaja untuk malam ini...
Wassalammm.
Puan Zai...
No comments:
Post a Comment