Saturday, December 3, 2011

Makan-makan...

Assalam... semalam petang lepas waktu kerja, company tempat puan zai berkerja ada buat makan-makan. Semua pekerja di jemput hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis makan bersama semua top management.

Bab makan siapa nak tolak. Free pulak tu kan. Company tanggung, yang menolak cuma bagi pekerja yang nak balik awal lah kot sebabnya majlis makan-makan nie lepas waktu pejabat dan kemungkinan besar adalah yang kali terakhir.

Kali ini selain makan menu berat, kitaorang turut di jamu dengan buah durian dan rambutan.

Dapat je tempat duduk, yang pertama stall puan zai cari ialah cendul, perghhh sedap walaupun semalam hujan dan sejuk tetap ku cari cendul.


 Ber-pic bersama dengan rakan-rakan sekerja...
Tema petang tu 'Blue', so semua kebanyakannya pakai t-shirt company yang berwarna biru je la...

 Menu: Paling best cendul lah, nasi kerabu (sedap sangat kena dengan tekak), kueh-mueh, satay ayam, steamboat yongtaufoo dan char kuew tiaw. Char kuew tiaw nie fisrt time puan zai amek sebabnya selalu orang beratur panjang malas nak beratur.

 Stall char kuew tiaw. Dapat gak makan....

 Stall steamboat, cendol dan rojak mamak dan stall nasi kerabu dan nasi dagang.

 Penuh satu meja durian dan rambutan.
Taufoofaa puan zai ada dua bekas untuk anak-anak kat rumah tu...

 Salah seorang sahabat dapat lucky draw.
Seronok dia yeee... best2...

Tamat sahaja majlis, semua orang boleh tapau bawa balik apa-apa menu yang masih ada.
Puan zai bawa balik apa yang ada di atas tu.
Tu yang pagi tadi bersarapan dengan yongtaufoo tu...ehehehe
Jimat belanja sarapan pagi...

Kalau benar ini majlis yang terakhir, huhu tak de dah lah makan-makan free sebulan sekali nie... dah la tak penah dapat lucky draw hehehe....

p.s 17hb nie ada famili day di Theme Park/Lost World kat Tambun, Perak... anak-anak tak sabar dah nak gi sana... yeah2...

3 comments:

MulutPayau said...

Acara makan2 mmng merupakan acara yg paling best......heheheh

zul permatang badak said...

banyak menu....tak tau mana satu nak makan dulu...
bab makan memang tak keliru....

Jendela Hati said...

mulutpayau: acara mmg dinantikan.

zul PB: kalau penin2,tu yg ke stall cendul dulu sebelum amek makanan lain...