Saturday, December 31, 2011

Makan-makan birthday Arayyan...

Hari ini hari terakhir kita di tahun 2011. Esok menjelma jua tahun baru 2012.

Rata-rata ramai yang ada agenda sendiri. Ada yang nak tengok bunga api dan ada yang nak buat BBQ sempena tahun baru.

Malam ini puan zai tak ada apa-apa agenda. Agenda nak tengok MasterChef Malaysia aje di rumah.

Penat jua sebab petang tadi dah menghadirkan diri di majlis birthday anak lelaki sahabat puan zai yang baru mencecah umur satu tahun.

Seronok kan... tengok anak-anak kecil yang semakin membesar di depan mata.

Seronok juga melihat keletah anak-anak sahabat yang lain.

Kalau budak-budak seronok dapat pelbagai jenis ole-ole dan goody bag, orang dewasa tentunya seronok dapat menjamu selera...

 Puan zai bersama anak-anak...

 Bergambar bersama rakan sekerja yang hadir meraikan majlis birthday Arayyan.

 Masing-masing dah ada 'beg tangan' kan...hehe
Anak-anak penyeri suasana...

 Happy birthday Rayyan...
Celebrate 1st birthday...

 Pelbagai jenis hidangan...
Ada nasi lemak (pergh sambal dia memang sedap, air tangan mama Rayyan).
Soto ayam... sedap jugak...
Pengat durian cicah dengan roti kosong.
Roti jala dan kari daging.
Mee goreng.
Sosej dan nugget.
Kueh serimuka.
Pisang.
Air siren (sirap+oren)

 Birthday boy punya hadiah.
Beli t-shirt kiko kaler ijau.

 Makan time.
Kakak cuma makan mee goreng dan nugget tapi dua kali tambah.
Adik makan mee goreng dan nasi lemak kosong tanpa sambal.
Ibu diaorang nie semua menu dapat rasa hehe...
Semua menu dari tuan rumah sungguh sedap... termasuk air siren dia yang sejuk...
Lega tekak time cuaca terik.

 Desert dia ialah eskrim pelbagai jenis untuk anak-anak dan semua tetamu.

 Tuan rumah sedang sibuk cheklist menu-menu.

 Kakak yang kenyang.

Adik dengan muka ngantuk tu... balik jom balik...

Terima kasih buat Erin sekeluarga yang menjemput puan zai bertandang ke rumahnya petang tadi.

Sungguh, memang kenyang dan semua hidangan pun sedap-sedap belaka...

Happy birthday untuk baby Rayyan... seronok dia dapat motor besar... boleh tengok bunga api malam karang ye Rayyan...

Ok... apa aktiviti anda semua malam ini dan esok di tahun baru?

Semoga semua berbahagia hendaknya... tata...

Puan Zai @ JH...


3 comments:

Totie@Tomy said...

selamat tahun baru dari 2012..dari totie sekeluarga...

MulutPayau said...

selamat tahun baru 2012...semoga tahun ini lebih bermakna...

Jendela Hati said...

totie @ tomy: terima kasih totie, selamat tahun br jua hendaknya. bertambah ceria dgn baby hannah kan...

mulutpayau: lebih dan lebih bermakna ye kak insyAllah... selamat tahun br buat akak jua ye...