Tuesday, December 6, 2011

Kumpul sekeluarga...



Ini cerita kenduri dari puan zai.
Cerita kenduri pada hari sabtu 3 Disember 2011.
Jom la tengok cerita kenduri nie.

[Kakak dan adik lengkap berbaju kurung dan berbaju melayu siap sampin dan songkok]

Sejak minggu lepas lagi mak (mak anak sulung), makngah, maklang, makteh dan paksu dah sepakat nak buat tahlil untuk arwah nenek iaitu Jaharah Awi.

Selain tahlil, inilah masanya adik beradik mak, cucu-cicit atok akan berkumpul.

Pejam celik pejam celik dah setahun arwah nenek pergi meninggalkan semua.
Mak puan zai pun masih teringat-ingat akan arwah selalu.

Tinggal kini atok yang semakin uzur.

Atok jika tak sihat pun bila nampak anak cucu datang, jadi kuat dan sihat.

Seronok agaknya atok tengok ramai-ramai ada di sisi dia.


Gambar di atas nie ialah hidangan untuk semua termasuk pada jemputan.
Menu kebanyakan sama je setiap kali majlis diadakan.

Maklumlah datang dari dapur makngah sendiri terus di hantar ke rumah atok.

Ada kari ayam, udang sambal, ulam-ulaman dan kueh mueh serta buah rambutan dan pisang datang dari 'office' abah puan zai - 'terbaek dari ladang' abah tu.


Ole-ole untuk semua jemputan iaitu buah oren, buah epal dan dadih strawberi serta mangga.

Dadih yang sejuk dan sedap ini datangnya dari adik perempuan puan zai.

Pencuci mulut bubur kacang hijau + durian ini pula khas datang dari dapur maklang.


Budak-budak kecik dapat sorang satu pek pensil angry birds.

Dah dapat barang sorang satu, dok diam lah semua.

Sampai tak sabar-sabar nak bukak.

Haiii tunggu bukak sekolah nanti baru la bukak pek pensil tu.

Makan time.

Teringat kat atok pula bila nak post entry nie.

Sayang atok, alfatihah buat nenek.











[Atok: Othman bin Rahmat]


Puan Zai @ Jendela Hati..



3 comments:

wakgelas said...

wak pon dah lama X balik kampongg..... eeeeE wak dh datang niiii nk komen komennnnn..........

zul permatang badak said...

tak lupa pada mereka yg telah tiada......

Jendela Hati said...

wak gelas: kg dlm kl je kita nie

zul PB: sentiasa di hati